Adalah diharap agar semua mendapat manfaat daripada blog ini. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan saya mohon maaf dan sila hubungi saya untuk perbetulkan mana2 yg tak sesuai.

Kaedah Menggunakan 'Pitch Gauge'

Langkah2 persediaan
1) Pastikan putuskan punca kuasa rc helicopter anda daripada motor atau injin.
2) Pastikan flybar anda mendatar dengan luru
s (selari dengan tail boom).3) Pastikan flybar anda tidak mudah bergerak keatas & kebawah utk dapatkan bacaan yg tepat semasa membuat bacaan.



Bacaan pitch untuk Center stick.

1) ‘On’kan Transmitter anda.
2) Sambungkan bateri pada heli anda.
3) Gerakan throttle/pitch stick ke center position (seperti gambar dibawah).4) Letakan pitch gauge pada blade(seperti gambar dibawah).5) Pastikan garisan/bahagian atas pitch gauge anda dalam keadaan selari dengan flybar (seperti gambar dibawah).6) Baca bacaan pada penunjuk/pointer pitch gauge anda. Pitch utk center stick sepatutnya pada 0° (seperti gambar dibawah).


Bacaan pitch untuk High stick.
1) Gerakan throttle/pitch stick ke High position (seperti gambar dibawah).

2) Letakan pitch gauge pada blade (seperti gambar dibawah).3) Pastikan garisan/bahagian atas pitch gauge anda dalam keadaan selari dengan flybar (seperti gambar dibawah).4) Baca bacaan pada penunjuk/pointer pitch gauge anda. Pitch utk High stick sepatutnya pada +10° (seperti gambar dibawah).

Bacaan pitch untuk Low stick.
1) Gerakan throttle/pitch stick ke Low position (seperti gambar dibawah).
2) Letakan pitch gauge pada blade (seperti gambar dibawah).3) Pastikan garisan/bahagian atas pitch gauge anda dalam keadaan selari dengan flybar (seperti gambar dibawah).

4) Baca bacaan pada penunjuk/pointer pitch gauge anda. Pitch utk Low stick sepatutnya pada -10° (seperti gambar dibawah).

1 comment:

uzir ahmad hassan said...

yg ni saya faham sikit.kalau pitch gauge tk selari ngn flybar apa nk trim?