Adalah diharap agar semua mendapat manfaat daripada blog ini. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan saya mohon maaf dan sila hubungi saya untuk perbetulkan mana2 yg tak sesuai.

Pinion Calculator

Untuk mengira berapa gigi/Teeth(T) pinion yang diperlukan ada 4 perkara yang perlu diketahui:

1. Sasaran head speed (Targeted head speed): Ini adalah round per minute (rpm) daripada pusingan rotor blade RC helicopter yang diperlukan untuk terbangkan RC helicopter anda sepertimana yang anda inginkan. Sasaran head speed ini tidak sama untuk semua RC helicopter, ianya bergantung pada banyak factor seperti berat, jenis motor, gear dan sebagainya. Kebiasaannya pengeluar RC helicopter akan mengesyorkan tahap head speed yang sesuai untuk setiap RC helicopter. Sila rujuk buku panduan/owner manual untuk head speed yang disyorkan. Sebagai tambahan, head speed ini diset bergantung pada cara anda mengendalikan penerbangan RC helicopter tersebut. Sebagai contoh, sekirnya anda hanya ingin hover dan penerbangan biasa, sasaran head speed anda akan bebeza jika dibandingkan dengan cara penerbangan yang aggressive atau 3D.

2. Jumlah gigi/teeth(T) pada main gear: Cuma perlu kira sahaja berapa gigi yang ada pada main gear. Anda juga boleh dapatkannya daripada buku panduan/owner manual.

3. Motor kv: Ini adalah rpm yang dihasilkan oleh motor bagi setiap volt / per volt applied. Biasanya anda boleh dapatkan kv motor ini daripada kertas spesifikasi motor tersebut.

4. Voltage: Ini adalah voltage daripada bateri/lipo anda. Anda boleh dapatkannya daripada kertas spesifikasi atau label pada bateri/lipo anda.

5. Efficiency rate: Ini adalah peratus keberkesanan motor semasa anda terbangkan RC helicopter anda. Adalah kebiasaannya menggunakan 80% (0.8) atau 90% (0.9) bergantung pada banyak factor walaupun anda set 100% throttle curve.

Formula perkiraan: Pinion Teeth = Sasaran head speed (1) x Jumlah gigi Main Gear (2) ÷ Motor kv (3) ÷ Battery Voltage(4) ÷ Efficiency (5)

Contoh: Saya set up Trex 450SE dengan motor Medusa 028-032-3400 (kv=3400rmp/v). Saya akan gunakan bateri 3 cell Lipo 11.1V. Gigi/teeth(T) main gear untuk Trex 450SE adalah 150. Berdasarkan daripada pandangan ramai, sasaran head speed adalah 2300 hanya untuk hover dan penerbangan biasa.

2300 x 150 ÷ 3400 ÷ 11.1 ÷ 0.8 = 11.43. Kita boleh genapkan angka tersebut samada mahu lebih head speed atau lebih masa penerbangan. Kalau mahukan lebih head speed genapkan pada 12T pinion. Klik disini untuk dapatkan perkiraan head speed dengan 12T pinion. Kalau kita mahukan kurang head speed dan lebih masa penerbangan gunakan 11T pinion. Klik disini untuk dapatkan perkiraan head speed dengan 11T pinion. Sememangnya lebih head speed maka lebihlah current drawn daripada batteri dan dalam masa yang sama kita perlukan head speed yang cukup baik untuk terbang.

No comments: