Adalah diharap agar semua mendapat manfaat daripada blog ini. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan saya mohon maaf dan sila hubungi saya untuk perbetulkan mana2 yg tak sesuai.

Bagaimana RC Helicopter beroperasi

Injin/motor sesebuah helicopter akan memutarkan main rotor shaft dan tail rotor melalui beberapa siri gear dan clutch. Apabila motor berputar pada satu tahap kelajuan, clutch engages dan mula putarkan kedua-dua rotor systems. Umumnya, pada tahap ini, tiada pitch pada kipas main rotor maka tiada kuasa angkatan. Throttle ditingkatkan hingga kipas pada main rotor bertambah kelajuan. Untuk naikan/terbangkan helicopter, tingkatkan collective pitch.

Oleh kerana setiap aksi pasti ada reaksi setara dan reaksi bertentanggan(equal & opposite reaction), apabila injin/motor memaksa kipas pada main rotor berpusing pada satu arah, badan helicopter akan berpusing kearah bertentangan. Fungsi tail rotor adalah untuk perbetulkan keadaan ini. Kipas tail rotor ini mampu sediakan cukup kuasa tolakan ke suatu arah untuk kekalkan kedudukan helicopter pada satu arah tujuan. Dengan tambahkan atau kurangkan pitch pada kipas tail rotor ini boleh mengubah arah tujuan sesebuah helicopter.

Cyclic control pula membolehkan perbezaan pergerkan kipas pada main rotor secara berasingan yang membuatkan sesebuah helicopter bergerak secara mendatar. Jika pitch pada salah satu daripada kipas main rotor bertambah apabila ia menghampiri bahagian belakang helicopter sementara pitch pada kipas yang bertentangan akan berkurangan apabila menghampiri bahagian hadapan helicopter semasa putarannya, ini akan menghasilkan lebih kuasa angkatan pada bahagian belakang, helicopter akan condong kehadapan, dan oleh itu akan gerakkan helicopter kearah hadapan. Prinsip yang sama juga untuk pergerakan sisi kanan dan kiri serta kebelakang, membolehkan helicopter untuk terbang dalam mana-mana arah.

Control collective dan cyclic pitch ini dipindahkan daripada servo kepada kipas main rotor melalui swashplate. Sebahagian daripada swashplate ini tidak bergerak sementara sebahagian boleh berputar mengikut rotor head. Control linkage pula disambungkan daripada servo ke bahagian swashplate yang tidak bergerak begitu juga daripada bahagian swashplate yang boleh berputar ke rotor head.

Apabila terbangkan RC helicopter, perlu kepada control input secara berterusan daripada pilot/flier untuk sentiasa perbetulkan arah tuju penerbangan daripada tersasar. Ini adalah mengapa perlunya konsentrasi 100% dalam operasi penerbangan RC helicopter. Lebih sempurna(accurate) setup sesebuah RC helicopter, lebih kurang pembetulan yang diperlukan daripada pilot/flier.

Sila klik sini untuk mengetahui fungsi control stick pada Transmitter/Radio.

No comments: