Adalah diharap agar semua mendapat manfaat daripada blog ini. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan saya mohon maaf dan sila hubungi saya untuk perbetulkan mana2 yg tak sesuai.

Latihan 6 - Angka 8 dalam Foward Flight

Untuk permulaan anda perlu berlatih seperti rajah dibawah.


1 A 2

ANDA


Hover helicopter anda pada spot ‘A’ pada ketinggian 3-5 kaki, berikan sedikit rudder input hingga ekor(tail) sampai pada kedudukan 90° kekanan menghadap 2 dan kepala(nose) menghadap 1.

Gerakan helicopter kehadapan sambil kekalkan ketinggian dan berhenti pada 1. Berikan rudder input sehingga kepala(nose) kembali menghadap ‘A’ dan gerakkan helicopter tersebut kehadapan dan berhenti pada 2 (kekalkan ketinggian).

Sekarang berikan rudder input sehingga kepala(nose) kembali menghadap ‘A’ dan terus gerakan helicopter kehadapan dan berhenti di 1.

Ulangi latihan ini beberapa kali, dan setiap kali cubaan, cuba untuk tidak memberhentikan helicopter pada spot 1 dan 2. Jangan lupa untuk kekalkan kelajuan dan ketinggian! Eh!! Dah macam angka 8 je ni…

Untuk ini anda perlukan konbinasi input antara rudder stick control serta aileron stick control. Dari masa ke masa perluaskan kawasan 1 dan 2 serta jarakan antara spot 1 dan 2 sehingga anda dapat seperti rajah dibawah.


                        6                      2
                7                1/5                   3
 8                      4
                                ANDA


Apa yang akan anda dapati dalam latihan ini ada beberapa bahagian semasa lakukan angka 8 ini anda akan berada dalam keadaan nose in. Sememangnya setiap pergerakan control stick akan jadi terbalik. Ini lebih mudah untuk dikawal semasa dalam forward flight berbanding semasa hover nose in. Tetapi berhati-hati, dan jangan silap berikan input stick.

Kekalkan ketinggian pada 3-5 kaki dan daripada 1 gerakan helicopter anda kehadapan kearah 2. Kemudian cuma ikut turutan nombor-nombor dalam rajah diatas sehingga anda lengkapkan angka 8 tersebut. Apabila semuanya sudah dilkukan, lakukan sekali lagi dan ulanginya beberapa kali. Setiap kali, buatkan angka 8 tersebut lebih besar dan lebih tinggi. Jangan sampai tak nampak sudah le.

Ini akan membantu kebolehan untuk anda kenalpasti apakah gerakan/keadaan helicopter anda pada jarak yang jauh.

Selepas anda dapat menguasai latihan ini, anda sudah berkebolehan untuk terbang sekeliling mengikut kemahuan dan keinginan anda. Sememangnya menyeronokkan!!

Apa apa yang anda lakukan, jangan gerakan hingga angle helicopter anda terlalu condong kehadapan atau terlalu senget menghala kearah bumi.

Seterusnya, latihan Hover Nose In.

No comments: