Adalah diharap agar semua mendapat manfaat daripada blog ini. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan saya mohon maaf dan sila hubungi saya untuk perbetulkan mana2 yg tak sesuai.

Bagaimana RC Helicopter berfungsi

Pada dasarnya terdapat dua jenis RC helicopter, ada yang mempunyai collective pitch(CP) dan ada yang fixed pitch(FP). CP adalah dimana pitch daripada main rotor blades boleh ditambahkan atau dikurangkan secara serentak untuk ubah kuasa angkatan(the amount of lift). Ini akan berikan respon yang cepat untuk mengubah vertical thrust mengikut kawalan pilot. Pada RC helicopter FP, kuasa angkatan(amount of lift) dikawal seluruhnya oleh kelajuan putaran main rotor blades atau dalam perkataan lain kelajuan injin atau throttle control. Masa pergerakannya lebih panjang serta kurang responsif.

Kebiasaanya CP RC heli mempunyai empat kawalan(control) dan ianya beroperasi melalui lima channel daripada system radio anda. Kalawan ini adalah collective pitch, cyclic pitch untuk kedepan dan kebelakang, cyclic pitch untuk bergerak ke sisi kiri dan kanan, dan pitch tail rotor. Collective pitch ini perlu bergerak sejajar dengan pergerakan throttle injin supaya apabila lebih load diberikan pada kipas main rotor melalui penambahan pitch, throttle juga akan meningkat agar dapat membantu untuk tingkatkan kuasa angkatan.

Penerbangan RC helicopter dikawal melalui pitch, atau angle kipas apabila membelah angin/udara. Apabila tambah atau kurang ketinggian, pitch bagi setiap kipas akan berubah secara serentak ke angle/degree yang sama. Untuk tambahkan ketinggian, angle/degree atau pitch pada kipas perlu ditambah. Untuk kurangkan ketinggian, angle/degree atau pitch pada kipas perlu dikurangkan. Oleh kerana semua kipas bergerak serentak atau secara bersama(collectively), ianya dikenalai sebagai collective pitch. Untuk bergerak kehadapan, kebelakang dan bergerak kesisi kanan dan kiri, tambahan perubahan pitch perlu diberikan. By the means the pitch of each blade is increased at the same selected point in its circular pathway. This is known as cyclic pitch.

Apabila injin/motor RC hrlicopter telah dihidupkan dan kipas mula berpusing hendaklah kekalkanya pada pitch mendatar(flat pitch), tanpa sebarang angle. Apabila injin/motor dipanaskan dan kipas berputar labih laju, collective pitch ditambahkan dan RC helicopter terangkat menegak keudara. Untuk gerakan RC helicopter ke hadapan, kekalkan collective pitch, kekalkan kedududkan heli diudara, sambil adjust cyclic pitch hingga helicopter sedikit condong kehadapan tambahkan collective pitch agar RC helicopter bergerak kehadapan pada ketinggian yang sama. Untuk berhentikan RC helicopter kepada hover, kembalikan cyclic pitch ke neutral sambil adjust collective pitch untuk kekalkan kedudukan ketinggian hovering RC helicopter diudara.

Sila klik sini untuk mengetahui fungsi control stick pada Transmitter/Radio.

No comments: