Adalah diharap agar semua mendapat manfaat daripada blog ini. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan saya mohon maaf dan sila hubungi saya untuk perbetulkan mana2 yg tak sesuai.

Latihan 1 - Latihan Asas (Basic Ground Exercise)

Sebelum anda mulakan latihan ini pastikan anda sudah mengetahui asas-asas pengendalian RC helicopter, Transmitter control stick, keselamatan, tip-tip pembelajaran serta sudah mula berlatih menggunakan simulator terlebih dahulu untuk semua latihan sebelum berlatih dengan RC heli sebenarnya..

Pasang training gear pada heli anda dan ianya akan dapat menyelamatkan heli anda dari beberapa crashes. Saya tidak akan belajar terbangkan heli tanpa training gear ini.

Letakan Heli ditengah-tengah flying field (setelah hidupkan injin – utk GP) 5 kaki daripada anda dengan ekor(tail) sentiasa mengadap anda, hidupkan(switch on) transmitter dan hidupkan(switch on) heli anda. Sekarang anda hanya perlu tingkatkan throttle/collective control stick dengan perlahan-lahan hingga betul-betul sebelum heli hendak mula terangkat(lift off). Jika ianya sudah mula nak ke hover, kurangkan throttle/collective control stick sedikit demi sedikit hingga paras bola-bola tersebut sedikit mencecah tanah seperti saolah-olah heli tersebut ingin naik keatas tetapi tak cukup kuasa.

Sekarang, gerakan satu-satu cyclic control stick dengan perlahan dan lihat bagaimana helicopter anda bertindak balas. Anda akan dapati helicopter tersebut akan bergerak ke kanan, kiri, hadapan dan belakang. Apa yang perlu anda lakukan adalah cuba tetapkan kedudukannya (keep it stationary). Cuba sungguh-sungguh untuk tetapkan kedudukannya sama sepertimana anda letakan helicopter anda masa mula-mula tadi.

Lakukan latihan ini beberapa kali sehingga anda mampu untuk tetapkan kedudukan heli tersebut sama seperti mana ianya mula-mula hendak terangkat. Walaupun sudah berjaya namun teruskan lagi latihan lebih kurang 3-4 pack battery (2-3 tangki – utk GP).

Sekarang anda sudah bersedia untuk ke langkah seterusnya, 3-5 kaki hover.

Selamat mencuba!

No comments: