Adalah diharap agar semua mendapat manfaat daripada blog ini. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan saya mohon maaf dan sila hubungi saya untuk perbetulkan mana2 yg tak sesuai.

Latihan 2 - Hover 3 - 5 kaki tinggi

Letakan helicopter 10 kaki dihadapan anda dengan ekor(tail) menghadap anda atau kepala(nose) membelakangi anda.

Sekarang naikan heli anda sama seperti langkah sebelum ini. Setelah anda stabilkan kedudukan helicopter pada paras tanah, tambahkan sedikit lagi throttle/collective control stick. Sekarang helicopter akan mula terangkat, dan akan terus naik keudara. Apabila helicopter tersebut sampai pada ketinggian 1 kaki dari tanah, kurangkan throttle/collective control stick hingga cukup untuk biarkan helicopter tersebut tetap pada ketinggian 1 kaki.

Usaha bersungguh-sungguh untuk tetapkan helicopter pada satu spot dan pastikan ekor(tail) sentiasa menghadap kearah anda. Saya tahu ianya memang agak sukar mula mula, tetapi teruskan usaha. Apabila helicopter anda sudah berada diudara lebih kurang 30 saat, kurangkan throttle/collective dan turunkan(land) helicopter anda.

Ambil angin untuk seketika dan fikirkan apa yang telah berlaku, mengapa ianya terjadi, dan apa yang anda lakukan dengan betul atau salah semasa hover helicopter sebentar tadi. Setelah hilang gigilan atau anda berasa lebih tenang, cuba sekali lagi. Berlatihlah hingga habis satu pek lipo atau satu tangki dan sentiasa turunkan heli bila anda hilang konsentrasi atau lebih kurang satu minit hover. Rehat dan ambil angin dahulu sebelum sambung latihan sehingga habis 1 pek battery/1 tangki.

Sekarang mungkin anda sudah tahu aksi/kataristik penerbangan helicopter tersebut, dan anda juga tahu lebih kurang bagaimana tindak balas helicopter tersebut terhadap control stick input yang anda berikan semasa dalam hover. Tukar pek battery yang baru atau isikan kembali tangki dan cuba sekali lagi.

Sekali lagi, tambahkan throttle/collective control stick perlahan-lahan dan naikan helicopter pada paras satu kaki dari tanah. Kali ini tetapkan kedudukan helicopter anda pada satu spot selama mana yang anda mampu. Pastikan ekor(tail) sentiasa menghadap anda. Tidak mengapa sekiranya helicopter tersebut pergi ke hadapan, kiri, kanan dan belakang. Cuma kembalikan kedudukannya pada tempat asal (starting point).

Peringkat permulaan ini memang sukar untuk kembalikan helicopter ke tempat asal (starting point). Jangan cepat putus asa, practice will make perfect. Tak lama lagi helicopter tersebut langsung tak akan bergerak jauh daripada point anda naikan heli ke udara.

Apabila anda sudah berkebolehan untuk hover pada ketinggian 1 kaki, tambahkan throttle/collective control stick untuk hover helicopter pada paras 3-5 kaki. Anda akan dapati ianya lebih mudah untuk dikendalikan pada altitude lebih tinggi.

Ini adalah kerana helicopter anda tidak lagi berada dalam ground effect. Semasa dalam hover pada ketinggian 1 kaki, jika kawasan penerbangan anda adalah diatas tanah yang menurun/curam, anda akan dapati your helicopter wanted to float right down the slant. Sebaliknya pada ketinggian lebih kurang 3½ kaki, ground effect ini tidak wujud.

Apabila anda sudah berkeyakinan mampu untuk mengendalikan heli dengan baik cuba pula tanpa training gear.

Teruskan latihan hovering ini sehingga anda berupaya tetapkan kedudukan helicopter pada satu spot untuk keseluruhan 1 lipo pek atau 1 tangki penuh tanpa henti. Saya tahu ini akan mengambil masa, dan anda berasa ingin saja teruskan langkah yang seterusnya, tetapi adalah amat penting untuk anda menguasai ilmu hovering ini sebelum pergi kepada langkah-langkah seterusnya.

Ingat, penerbangan sesebuah helicopter akan bermula dan berakhir dengan hover!

No comments: