Adalah diharap agar semua mendapat manfaat daripada blog ini. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan saya mohon maaf dan sila hubungi saya untuk perbetulkan mana2 yg tak sesuai.

Rc Heli - Bermulanya hobi ni

Oleh kerana minat saya kepada Helikopter dari kecil hingga ianya menjadi salah satu hobi mengisi masa lapang saya sekarang ini.

Ianya bermula pada bulan Febuari 2006 buat kali pertamanya saya beli sebuah elektrik rc helikopter sais 450 Walkera #39 di Bandar Sunway walaupun tanpa apa-apa pengalaman atau pengetahuan mengenai remote control. Itulah pertama kali saya memegang radio kawalan (Transmitter), dengan sedikit taklimat daripada peniaga saya berkeyakinan mampu utk menerbangkannya. Ingatkan senang tapi.... mak aih!! susah betul. Cubaan pertama dah crash!!! Barulah tercari-cari sesiapa yg tau tentang rc heli ni dan mulalah mengenali forum-forum dalam negara dan luar negara.

Melalui forum-forum tersebut terutamanya ketika itu http://www.private-aircraft.biz/forum/index.php saya mengenali ramai rakan-rakan yang banyak membantu mengenai tip-tip serta kaedah utk mengawal rc heli ni. Bermula dari setting heli, setting transmitter serta cara yang betul utk menerbangkan rc heli hinggalah saya berjaya terbangkan heli tersebut. Malah sebarang masalah yg saya hadapi juga dapat diselesaikan.

Kesimpulannya: Utk terbangkan rc heli ni bukanlah satu perkara yg mudah sebenarnya, ianya ibarat seperti mengawal sebiji guli diatas talam. Kita perlu merujuk rakan2 yg sudah biasa dengan rc heli serta ceburi semua Fun-Fly yg diadakan agar dapat jimatkan masa belajar serta duit ringgit. Harus diingat hobi ini memang menyeronokan tapi terdapat juga risiko dan bahayanya, jadi keselamat diri serta orang lain haruslah diutamakan.

1 comment:

Adam smith said...

terima kasih untuk berkongsi maklumat ini di sini. i juga mahu datang Ke hobi s ini dan i ingin membeli 3 CH rc helikopter.