Adalah diharap agar semua mendapat manfaat daripada blog ini. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan saya mohon maaf dan sila hubungi saya untuk perbetulkan mana2 yg tak sesuai.

Asas Fungsi Transmitter

1. EPA- End Point Adjustment, boleh ditambah atau dikurangkan bergantung pada satu-satu channel yang ada serta kegunaannya, sebagai contoh, heli CCPM, tiga servo digunakan, katalah salah satu servo dari jenis lain atau servo horn yang kita gunakan pendek daripada dua lagi tu, mungkin pergerakkan servo tersebut kurang apabila kita beri input berbanding dengan servo yang dua lagi, so kita boleh tambahkan EPA pada channel tersebut sahaja untuk samakan pergerakkan servo2 tadi.

2. DUAL-RATE- Fungsi ini seperti namanya, adalah kadar yang boleh kita setkan pada tx untuk menentukan banyak mana pergerakkan servo untuk control system kita. Biasanya ada dua kadar, kadar rendah dimana pergerakkan control surface sedikit (atau swashplate tilt angle yang sikit) untuk penerbangan biasa dan kadar tinggi untuk penerbangan 3D.

3. EXPONENTIAL- Fungsi exponential ini ada dua, satu +ve exponential dan satu lagi –ve exponential. Pada kebiasaannya apabila kita setkan kadar tinggi untuk DUAL-RATE, pergerakkan control terlalu sensitive sehingga agak payah untuk kita control kapal terbang atau heli semasa penerbangan biasa, kita dialkan –ve exponential, ini menyebabkan control kita agak kurang movement dia semasa control stick berada pada neutral akan tetapi control surface masih berupaya untuk sampai ke tahap full deflection apabila stick menghampiri end-point. Dengan kata lain, normal system akan mempunyai pergerakkan linear, yakni katalah input sebanyak 20% dan output juga adalah 20%, dengan adanya –ve exponential, input sebanyak 20% tetapi outputnya hanyalah 10% sahaja(bergantung kepada banyak mana –ve exponential yang kita dial in), akan tetapi apabila input melebihi, 70%, output system kita akan menyamai input tadi. +ve exponential jarang2 kita gunakan, fungsi ini menyebabkan pergerakkan stick agak sensitive semasa dekat ngan neutral position dan becoming linear bila dekat max.

4. REVO-MIX- Fungsi ini adalah pre-mix program yang tersedia ada dalam kebanyakkan computer radio yang ada hari ini. Ia adalah mixing diantara throttle stick position dengan rudder channel. Untuk heli yang menggunakan RATE-GYRO, fungsi ini amat diperlukan. RATE-GYRO secara asasnya hanya bertindak sebagai peredam(dampener) ekor sahaja, tidak bertindak sebagai pembetul arah, ini menyebabkan perubahan pada headspeed/pitch akan menyebabkan ekor bertukar arah yakni kalau mainblade berpusing ikut arah jam, sudden increase of throttle akan menyebabkan tail kekanan, ini adalah normal kerana lebihan torque yang dikeluarkan oleh system kita. Tetapi apabila headspeed/pitch dikurangkan, tail akan kekiri pula… Disinilah REVO-MIX ini diperlukan, dengan membuat dua atau tiga kali flt sambil menambah atau mengurangkan REVO-MIX kita akan dapat setting yang cukup baik untuk heli kita. Mulakan dengan +/-5%, dan kalau kurang tambahkan nilai tersebut. Perlu diingatkan REVO-MIX ini haruslah di inhibit apabila kita menggunakan AVCS GYRO.

5. PROGRAM-MIX- Program mix ini kita diberi banyak pilihan untuk buat mixing dari satu channel ke-channel yang lain. Mixing yang paling biasa untuk heli pilot adalah mixing aileron serta elevator ngan throttle, kalau kita perasan, apabila kita bank the heli, secara tak langsung heli akan hilang ketinggian kalau kita tidak menambah throttle, so dengan adanya mixing, banking the heli akan menambah throttle. Begitu juga dengan elevator. Dial in sedikit demi sedikit mixing ini, jangan terlalu banyak, takut tak boleh control pulak… Untuk airplane pilot, pada kebiasaannya rudder to aileron mixing adalah perlu untuk aerobatic flying. Coupling ini adalah untuk flat rudder turn, yakni kita boleh membuat turn menggunakan rudder tanpa banking the airplane ataupun semasa knife-edge move, tak perlu betulkan aileron semasa rudder deflection. Mixing ini perlu kesabaran, banyak kali flt barulah dapat the “sweet spot”, akan tetapi ada sesetengah model airplane yang dibuat denagn baik, coupling ini tidak diperlukan!

6. FLAPERON/ELEVON/V-TAIL/AIRBRAKE/FLAP-adalah terms untuk pre-mix program yang ada dalam computer radio untuk airplane function. FLAPERON-mixing flap dan aileron, kita boleh gunakan dua channel aileron function, satu slotkan pada aileron satu lagi pada aux channel atau channel 6 untuk Futaba, dua side aileron akan berfungsi sebagai aileron pada kebiasaannya, tetapi jika kita adjust vr-knob kat depan transmitter flap function akan berlaku yakni kedua-dua aileron tadi akan turun untuk membentuk flap. Beitulah juga fungsi AIRBRAKE. ELEVON pula khas untuk flying wing sahaja, yakni mixing antara elevator dan aileron function. Untuk scale airplane seperti Cessna 182, separate FLAP channel untuk inboard flap diperlukan, dan kita juga boleh menambah FLAPERON function pada outboard panel, so fully FLAP! Tetapi perlu diingat jika kita menambah flap, angle of attack atau alpha angle effectively jadi tinggi, stall amat mudah berlaku. Kita perlukan SLAT untuk mengelakkan ini berlaku tetapi untuk model airplane, leceh nak letakkan SLAT, so kita mix kan FLAP ngan elevator, yakni FLAPdown kita add down elevator untuk reducekan excessive pitch-up condition. So kita bolehlah memperlahankan model kita untuk landing… Tetapi apa yang kita katakana disini bergantung pada model model tertentu sahaja, ada sesetengah model, apabila kita bawa turun flap, oleh kerana pitching moment dia tinggi, ada tendency untuknya pitch nose down pulak!. Serta kita boleh juga buat mixing diantara ENGINE KILL switch ngan AIRBRAKE, apabila kita kill engine, secara automatic airbrake(kedua-dua aileron) akan naik dan memperlahankan model kita….

Terima Kasih,
www.umranrc.com

No comments: