Adalah diharap agar semua mendapat manfaat daripada blog ini. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan saya mohon maaf dan sila hubungi saya untuk perbetulkan mana2 yg tak sesuai.

Jika Injin berhenti berfungsi / motor power cut

Auto-rotation adalah cara bagi helicopter untuk mendarat dengan selamat bila lost of power daripada injin atau motor pada rotor drive systems.

Ini boleh tercapai dengan bantuan daripada satu alat yang dikenali sebagai auto-rotation clutch/one way bearing dimana ianya akan membenarkan kipas kedua-dua rotor untuk terus bebas berputar. Sebaik sahaja power cut, throttle/collective control hendaklah dikembalikan kebawah sepenuhnya.

Ini kebiasaannya akan letakkan kipas main rotor pada sedikit –ve pitch. Sebaik sahaja helicopter mula untuk menurun, angin yang bergerak melalui kipas-kipas akan terus pusingkan kipas tersebut. Kipas yang berputar akan berlagak umpama parachute bagi mengurangkan kelajuan helicopter itu menurun. Apabila helicopter hampir kepada bumi/tanah, pilot/flier perlu tambahkan collective pitch untuk jadikan pitch pada kipas kembali ke positif.

Momentum daripada kipas ditukarkan kepada kuasa angkatan(lift), lebih memperlahankan kelajuan menurun, membolehkan ianya mendarat dengan lembut dan selamat.

No comments: