Adalah diharap agar semua mendapat manfaat daripada blog ini. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan saya mohon maaf dan sila hubungi saya untuk perbetulkan mana2 yg tak sesuai.

Keselamatan

Sedang diusahakan.... Masih belum siap sepenuhnya.

Jangan ambil ringan kerana apa-apa pun boleh berlaku. Sila rujuk http://www.heliguy.com/nexus/dangers.html

Bina/Pemasangan RC Heli.

1. Pasang RC Heli anda dengan cermat dan sentiasa berhati-hati. Ikut seperti dalam buku panduan/manual.

2. Pastikan anda guna threadlock pada screw untuk semua metal parts supaya dapat mencegah screw longgar/tanggal. Bagi plastic parts gunakan CA

3. Pastikan semua wiring tidak begesel pada bahagian Frame yang kasar atau tajam. Jauhkan semua wiring daripada bahagian yang berputar dan panas.

4. Pastikan tiada free play/slop pada bahagian yang tidak sepatutnya ada free play/slop.

5. Pastikan semua gear mempunyai gear mesh yang betul.

6. Pastikan Blades dan Paddles well balanced.

7. Sebolehnya gunakan electronics yang baik dan dipercayai.

Fail-safe.

1. Apa ke benda ni? PCM receivers mempunyi kebolehan untuk set pergerakan setiap servo kepada satu posisi tertentu apabila komunikasi antara Tx dan Rx hilang, ini dipanggil Fail-safe. Ini adalah ciri penting pada RC Helicopter. Bayangkan sekiranya RC Heli terkena orang lain dalam keadaan full power!

2. Throttle – Untuk keselamatan, pertama sekali semasa program Fail-safe ini adalah set throttle kembali ke idle sekiranya hilang komunikasi atau hilang kawalan.

3. Cyclic dan lain-lain control – Untuk pitch, elevator, aileron dan rudder anda ada dua pilihan. Samada anda program agar servo tersebut tidak bergerak atau bergerak ke posisi yang telah diprogramkan apabila berlaku hilang komunikasi/hilang kawalan. Saya lebih selesa programkan semua control ini agar ianya akan kembali ke posisi neutral iaitu zero pitch, zero elevator, zero aileron dan zero rudder.

Kali pertama nak memulakan training.

1. Pertama sekali pastikan heli pilot/flier yang berpengalaman periksa heli anda dan setting pada Transmitter anda.

2. Kemudian pastikan heli pilot/flier yang berpengalaman periksa heli anda dan setting pada Transmitter anda.

3. Akhir sekali pastikan heli pilot/flier yang berpengalaman periksa heli anda dan setting pada Transmitter anda.

Langkah-langkah keselamatan sebelum memulakan penerbangan.

1. Sentiasa periksa kedudukan setiap switch pada Tx anda sebelum hidupkan injin atau motor (seperti switch idle-up dan sebagainya). Adalah perlu dipastikan agar setiap switch tersebut berada pada satu posisi (e.g. semuanya kearah belakang Tx) supaya heli sentiasa selamat untuk dihidupkan. Ini memudahkan untuk periksa/lihat semua switch tadi berada pada posisi yang betul untuk hidupkan injin/motor heli anda.

2. Sentiasa pastikan posisi throttle stick pada tempat yang betul dan (bagi GP heli) pastikan posisi throttle pada heli sebelum hidupkan injin.

3. Jauhkan segala peralatan daripada heli sebelum hidupkan injin/motor.

4. Bagi GP heli pastikan anda memegang kemas kipas main rotor semasa hidupkan injin. Jangan lepaskan kipas tersebut, sememangnya anda boleh memegang kipas tersebut walaupun injin sudah dihidupkan kerana clutch akan berfungsi.

5. Semasa berjalan ke heli pad dengan membawa bersama helicopter dan Tx sentiasa pastikan Throttle Hold switch aktif (switched on). Sekiranya anda membawa heli ke heli pad dengan meninggalkan Tx, pastikan tiada sesiapa yang akan menyentuh Tx anda!

6. Periksa dan pastikan semua control berfungsi dengan betul dan sempurna sebelum anda spool up injin atau motor.

7. Periksa dan pastikan semua control berfungsi dengan betul dan sempurna selepas anda spool up sebelum takeoff.

Langkah-langkah keselamatan semasa penerbangan.

1. Sentiasa terbangkan heli anda dengan perlahan bagi setiap penerbangan pertama untuk hari itu. Ambil masa anda dan dapatkan sentuhan yang betul untuk mengendalikannya semula.

2. Jangan sekali-kali terbangkan heli anda pada jarak yang hampir dengan orang lain ataupun diri anda sendiri. Lebih jauh jarak antara heli dan anda lebih kecil peluang untuk ianya terkena anda malah lebih selamat sekiranya berlaku parts yang tertanggal/terkeluar dan tercampak dengan laju mengenai anda. Sentiasa jarakkan kedudukan heli anda semasa terbang!

3. Jangan terbangkan heli diantara anda dan penonton. Sentiasa terbang pada posisi anda membelakngkan penonton, dan terbangkan helicopter dihadapan anda.

4. Elakkan dari menerbangkan helicopter pada paras kepala(“head heights”). Ianya cukup jelas sekiranya anda boleh terbang pada paras itu, anda juga semestinya boleh terbangkannya 0.5m lebih tinggi daripada itu. Sekiranya berlaku sesuatu tertanggal dan tercampak daripada helicopter sekurang-kurangnya anda boleh kurangkan atau hindarkan daripada berlakunya kecederaan serius.

5. Jangan menganggarkan kemampuan anda secara berlebihan (overestimate), sentiasa ambil langkah keselamatan serta satu langkah demi satu langkah kehadapan semasa belajar terbangkan helicopter.

No comments: