Adalah diharap agar semua mendapat manfaat daripada blog ini. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan saya mohon maaf dan sila hubungi saya untuk perbetulkan mana2 yg tak sesuai.

Gyro Setup - Futaba GY401 gyro

1. Pastikan anda telah set semua aspek mekanikal system tail rotor terlebih dahulu. Servo centered pada neutral, servo arm pada keadaan 90° daripada servo case dan tail boom. Pastikan tiada binding atau stiff spot pada system mekanikal.

2. Pastikan SEMUA RUDDER neutral & sub trim pada Tx set pada 0 dalam SEMUA flight modes. Biasanya ini selalu terlepas pandang tapi ianya adalah suatu perkara yang MESTI dilakukan. JANGAN SEKALI-KALI sentuh rudder trim tab pada Tx selepas gyro initialized dalam HH/AVCS mode, anda akan mengelirukan gyro dan mengakibatkan pergerakan gyro tidak sempurna.

3. Apabila menggunakan HH/AVCS mode gyro pastikan REVolution & ACCeleration mixing pada TX set pada 0 ataupun disable.

4. Maksimumkan % rudder travel endpoints pada Tx. Ini akan set pirouette rate kepada maksimum. Jika anda rasa ianya terlalu cepat bagi anda, kurangkan % rudder endpoints tadi semasa anda trim/tune heli utk test flight.

5. Set DS switch pada GY401 kepada ON jika menggunakan digital servo seperti servo Futaba 9254 dll. Sekiranya anda gunakan analog servo set DS switch tadi pada OFF.

6. Set DELAY pot pada GY401 kepada 0 kecuali anda menggunakan slow analog servo. Sekiranya anda gunakan slow analog servo sebagai permulaan setkan DELAY pot tadi pada 25. Kemudia adjust semasa test flight samada utk kurangkan atau tambahkan mengikut kateristik penerbangan heli tersebut.

7. Set gyro gain pada Tx untuk permulaan seperti:-
a. Futaba Tx – Setelah pilih ON dalam gyro menu, pilih switch yg sesuai utk gain ini eg. Switch E (idle-up switch) dan pilih GY mode kemudian set gain %
UP>A set pada 35% (UP>N = normal, UP>A = AVCS)
CT>A set pada 35% (CT>N = normal, CT>A = AVCS)
DN>N set pada 50% (DN>N = normal, DN>A = AVCS)

b. JR Tx – Setkan Gyro Sens menu pada
Pos 0 set pada 70% (0%-50% = normal, 51%-100% = AVCS)
Pos 1 set pada 70% (0%-50% = normal, 51%-100% = AVCS)
Pos 2 set pada 50% (0%-50% = normal, 51%-100% = AVCS)

8. On Tx & heli(pastikan 2 daripada 3 wayar motor ke ESC sudah dicabut). Pastikan semasa power on GY401 sentiasa dalam keadaan Heading Hold mode/AVCS mode dan jangan gerakan heli atau stick input hingga gyro sudah initialized. Jika tidak, belum pasti GY401 ini akan berfungsi dengan baik. Semasa power on LED berwarna merah akan berkelip cepat, kemudian akan menyala terus/solid jika berjaya initialized dalam HH/AVCS mode. Sekiranya selepas GY401 initialized LED tidak menyala secara terus/solid sebaliknya berkelip perlahan, anda berada pada mode yang SALAH iaitu normal mode. Sila ubah gyro gain channel normal/reverse direction setting pada Tx supaya ianya berada dalam HH/AVCS mode dan cuba sekali lagi.

9. Set TRAVEL LIMIT – Setelah gyro initialized dalam HH/AVCS mode, ubah switch idle-up pada Tx daripada normal ke idle2 dan LED pada gyro akan padam. Baru adjust tail pushrod atau ubah kedudukan servo pada tail boom agar tail blade pitch berada +-3 deg /bila hover tanpa drift kemudian set TRAVEL LIMIT pot pada GY401 supaya servo dan mekanikal tail rotor tiada binding atau terjadinya mechanical stop pada penghujung rudder travel bagi kudua-dua belah kiri dan kanan apabila stick input diberikan.

10. Pastikan Tx rudder channel direction diset dengan betul dan bergerak pada arah yang betul. Betulkannya SEBELUM anda terbang dan periksa semula TRAVEL LIMIT supaya tiada binding sepertimana penerangan no 9 diatas. Apabila rudder stick input diberikan kekanan tail blade leading edge akan bergerak kekiri(posisi tail in). Jika sebaliknya ubah NORMAL/REVERSE pada channel servo berkenaan.

11. Pastikan gyro normal/reverse direction (DIR switch pada gyro) diset dengan betul dan bergerak pada arah yang betul. Betulkannya SEBELUM anda terbang. Sekiranya tidak diset dengan betul heli akan berpusing-pusing laju / crazy pirouetting. Sekiranya ini berlaku anda hanya perlu ubah kedudukan DIR switch pada gyro. Utk pastikan ianya betul, apabila kita menolak(dengan tangan) tail kekanan(posisi tail in) tail blade leading edge akan bergerak kekiri.

12. Pasang semula wayar motor ke ESC, On Transmitter/Tx , Receiver/Rx, dan biarkan gyro initialized kemudian hover heli anda. Sekiranya semasa hover tail masih drift maka adjust linkage atau kedudukan servo pada tail boom agar tiada drift semasa hover (ulang No 9 diatas). Adjust gain % pada Tx mengikut kesesuaian kateristik penerbangan heli tersebut. Tambah atau kurangkan % hingga tail antara wagging dan tak wag. Setkan % tersebut utk kesemua flight mode seperti contoh:
a. Futaba Tx
UP>A set pada 60% (UP>N = normal, UP>A = AVCS)
CT>A set pada 60% (CT>N = normal, CT>A = AVCS)
DN>A set pada 60% (DN>N = normal, DN>A = AVCS)

b. JR Tx
Pos 0 set pada 80% (0%-50% = normal, 51%-100% = AVCS)
Pos 1 set pada 80% (0%-50% = normal, 51%-100% = AVCS)
Pos 2 set pada 80% (0%-50% = normal, 51%-100% = AVCS)

13. Selesai dan terbanglah dengan selamat. Berkemungkinan anda perlu kurangkan sedikit gain untuk idleup. Sila klik sini untuk GY401 gyro setup video daripada Bob Finless Helifreak.

No comments: