Adalah diharap agar semua mendapat manfaat daripada blog ini. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan saya mohon maaf dan sila hubungi saya untuk perbetulkan mana2 yg tak sesuai.

Pandangan Untuk Newbie

Memang kebiasaannya kita sebagai orang baru (newbie) sentiasa tercari-cari manakah satu heli yg sesuai utk kita. Saiz yang mana serta jenama apa yg patut dibeli?, persoalan yang sentiasa berlegar dalam kotak fikiran kita. Jadi disini saya paparkan pandangan dan pendapat daripada pelbagai sumber untuk panduan kita buat pemilihan.

Memang banyak pilihan sehingga sukar untuk buat keputusan. Memang tak dinafikan heli yang bersaiz lebih besar adalah lebih mudah dilihat, mudah diterbangkan, mudah untuk belajar dan lebih tingkatkan proses pembelajaran serta mudah utk maintain. Ia juga bermakna lebih mahal harganya serta kos kerosakan (crash cost) yg tinggi berbanding heli yg sama daripada saiz yg lebih kecil.

Pilihan antara Elektrik dan Nitro sebenarnya tiada perbezaan ketara dan ianya lebih kepada isu cara hidup seperti berapa banyak masa dan berapa kerap kita dapat terbangkan heli tersebut, dan samada kita suka kepada bunyi/bau asap/challenge daripada model yg berinjin.

Elektrik lebih terkenal kerana kebersihannya, cepat & senang untuk 'on' serta 'off'. Kita boleh sumbat heli, Transmitter dan beberapa bateri dalam kereta, terus ke padang kosong berhampiran dan terbang beberapa pack bateri dan balik kerumah dalam masa setengah jam (biasanya diikuti pula beberapa jam untuk cas bateri!). Kita boleh terbang dalam perjalanan pergi kerja, semasa waktu makan tengahari atau dalam perjalan pulang jika ada lokasi yg sesuai utk terbang. Ianya lebih mudah utk disesuaikan dengan komitment harian kita. Terbang elektrik bermakna kita perlu belajar tentang bateri/lipo, ESC, motor, charger dan balancer. Bermakna perlu pelaburan awal untuk beli charger/balancer dan beberapa biji bateri/lipo. Ia juga bermakna perlu lebih masa untuk baby-sitting bateri/lipo semasa charging (jangan biarkan lipo tanpa penyeliaan semasa charging atau charge semalaman sambil kita tidur). Perkara ini mungkin akan akibatkan kita perlu penambahan kos utk charger tambahan sekiranya kita nak kurangkan masa menunggu. Selain masalah charging, kos maintenance utk elektrik Heli adalah rendah (kecuali kita crash).

Nitro pula akan berikan kita lebih masa penerbangan dan lebih cepat utk recharge (cuma isikan minyak dah boleh terus terbang) tetapi ambil lebih masa untuk setup/bersihkan dan hanya boleh diterbangkan di flying site tertentu (jauh dari kawasan perumahan) atau di padang Kelab/Persatuan jadi ianya akan memakan beberapa jam untuk sesuatu sessi penerbangan (melainkan kita tinggal berhampiran Kelab atau padang tertentu!). Untuk terbankan nitro bermakna kita perlu belajar tentang minyak, injin, tuning, maintenance, Rx bateri, switch. Ia juga bermakna perlu pelaburan awal utk beli starters, tools, charger, flight box/totte box dan bateri. Heli nitro perlu lebih masa untuk bersihkan dan maintenance berbanding elektrik Heli.

Jadi kita perlu tahu bagaimana kesesuaian hobi ini dalam hidup harian kita (atau bagaimana kita perlu susun atur kehidupan kita supaya sesuai dengan hobi ini :)) dan ini mungkin dapat membantu kita untuk buat pilihan.

Elektrik
Terdapat beberapa elektrik heli yang baik bagi saiz 450. Antaranya ialah Aligh Trex450 S/SE, RCer Dragonus atau Thunder Tiger Mini Titan e325. Bagaimanapun Trex450 lebih terkenal, paling biasa/banyak diterbangkan dan paling mudah untuk dapatkan nasihat serta alat ganti. Untuk kedua-dua heli Dragonus & TT miniTitan e325 adalah agak baru dalam pasaran Malaysia. Bagi alat ganti untuk kedua-dua heli ini juga semakin baik dan mudah untuk didapati. Tetapi untuk Dragonus telah ada banyak reviews yg memberangsangkan jadi adalah baik untuk diberi pertimbangan. Belajar dengan elektrik heli kelas 450 ini adalah antara yg terbaik, ramai sudah berjaya, tetapi heli yg bersais lebih besar seperti saiz 50 adalah jauh lebih mudah. Nasihat saya adalah jika anda ingin gunakan saiz 450 jangan belajar terbangkannya dalam angin melebihi 5km/jam sehingga anda benar-benar mahir & selesa dengan basic FFF (Fast Foward Flight)

Untuk pergi kepada elektrik heli yg lebih besar tetapi masih sesuai untuk diterbangkan di Taman/Padang berhampiran adalah agak sukar. Ianya perlu kepada padang yg lebih luas serta jauh daripada orang ramai serta perumahan. Selepas 450, saiz 500 adalah heli dengan main blade yg berukuran 400-450mm. Saiz ini sudah cukup untuk membezakan dengan saiz 450 dari segi besarnya serta kestabilannya yang agak ketara, wind tolerence, lebih mudah nampak dan mudah untuk belajar tanpa perlu kepada bateri/lipo yang mahal malah masih boleh diterbangkan di taman/padang berhampiran (keselamatan semua pihak perlu diambil kira). Buat masa ini pilihan untuk heli saiz ini amat terhad kepada Mikado Lepton (reputasi yg cukup baik tetapi cukup mahal) dan Quick Japan EP8V2 atau mungkin 3DX500 yang mana ianya sudah ada di pasaran Malaysia. Align diwar-warkan akan keluarkan TRex500 dalam tahun ni dan saya agak ia akan jadi popular memandangkan peluang untuk tuan punya heli saiz 450 upgrade kepada saiz yg lebih besar tetapi masih berkemampuan nampak lebih cerah.

Selain daripada sais diatas kita akan dapati saiz/kelas 550/600 (sama 30/50 saiz nitro) dengan ukuran main blade antara 500mm-620mm seperti Logo10/Logo500, Hurricane 550, eRaptor550, Trex600, Logo600 atau eRaptor620. Haa... disini kita mula bercakap tentang betul-betul mahal.. *really serious money*, terutamanya bateri/lipo, charger/balancer, blades dan heli yg mempunyai sais yang agak merbahaya untuk diterbangkan di taman/padang berhampiran kecuali ditempat-tempat tertentu yang jaug daripada orang ramai, jauh daripada bangunan & jalanraya.

Nitro
Saya bukanlah nitro flier tetapi terdapat banyak pilihan untuk heli nitro yang baik. Kebanyakkan ada berkata jangan buang masa/duit untuk 30 saiz, lebih baik terus je pada 50 saiz. Lagi pula taklah banyak mana perbezaan harga sebaliknya lebih stabil dan lebih mudah untuk belajar (lagi besar sais dan berat heli maka lebih stabil & lebih mudah untuk dikawal serta belajar)

Knight series & Thunder Tiger Raptor sudah sememangnya menguasai pasaran di Malaysia ketika ini dan mudah dijumpai di mana-mana flying site. Harga yg berpatutan boleh dikatakan cukup murah, robust dan design yg cukup mantap. Adalah antara pilihan yg tepat memandangkan kemudahan bantuan/sokongan, kemudahan untuk dapatkan alat ganti serta harga alat ganti yang cukup berpatutan. Masih ada juga lain-lain heli, lihat/survey heli apa yg diterbangkan di flying site tempat anda. Trex600N sememangnya berjaya dapatkan tempatnya atas review-review tentang keupayaan penerbangannya namun bantuan sokongan serta kemudahan alat ganti masih belum menyeluruh terutamanya di Malaysia. Anda mungkin lebih baik untuk bertanya-tanya pandangan tentang heli nitro mana yang sesuai untuk beginner.


Elektronik
Sekiranya kita benar-benar mahukan sesebuah heli yang mempunyai performance yang baik sekurang-kurangnya elektronik parts dia kita jangan cuba nak berjimat sangat terutamanya seperti gyro dan servo. Tak perlu yang mahal-mahal, janji yang sudah terbukti keberkesanannya sudah memadai walaupun murah jika dibandingkan dengan yang mahal2.

Kesimpulan
Memang ramai yg berminat dalam hobi ni tapi ramai juga yg give up terutamanya dlm rc heli. Kenanyakkannya adalah kerana tersalah pilih heli yg menyebabkan susah utk control, tak tahan dengan crash cost dan tiada kesabaran. Rc heli adalah paling sukar antara lain2 rc dan memerlukan banyak training dan kesabaran tapi ianya cukup menyeronokan. Sekiranya kita ni memang betul2 beginner saya cadangkan begini:


1. Pertama sekali anda sepatutnya cari/join mana-mana kelab atau kumpulan yang sememangnya terbangkan RC Helicopter disekitar dikawasan anda. Ini adalah langkah perlu sekiranya anda benar-benar ingin menceburi hobi ini. Pilot yang ada dikawasan anda boleh beri pandangan dan nasihat tentang peralatan yang sesuai untuk anda beli. Secara kasar, sewajarnyalah RC Helicopter yang paling murah untuk direpair. Selalunya RC Heli yang murah harganya adalah paling mahal untuk repair, jadi AWAS!!! Jangan mudah terpedaya. Memang anda perlu kos repair ini kerana semestinya anda akan crash samada cepat atau lambat, crash pasti akan berlaku.

Memanglah banyak pilihan yang baik. Bagaimanapun, adalah penting bagi anda beli peralatan yang biasa digunakan oleh Pilot-pilot yang ingin membantu anda. Ia akan memudahkan proses setup RC Heli dan mereka tahu akan masalah-masalah Heli atau peralatan daripada Brand yang tertentu. Setiap RC Heli ada kelemahan tersendiri. Pilot-pilot ini juga ada banyak nasihat dan tip-tip penting tentang bagaimana sebenarnya untuk bina/pasang RC Heli tersebut dengan sempurna. Adalah lebih baik anda sendiri yang bina/pasang RC Heli anda. Ini akan membuatkan anda faham bagaimana ianya berfungsi, dan tahu bagaimana nak setup dan repair. Bina/pasang dengan sempurna RC Heli ni tidaklah semudah yang disangkakan terutama bagi anda yang baru menceburi hobi ini, jadi dapatkan bantuan dan nasihat daripada mereka-mereka yang biasa dalam perkara ni.

2. Belajar dengan simulator dulu. Esky simulator pun sudah memadai cuma dlm lingkungan rm80.00 je. Simulator ni boleh bantu percepatkan proses pembelajaran serta boleh jimatkan crash cost. Cuba semua menuever utk mahirkan orientation serta pengunaan transmitter stick. Walaupun dah mahir dgn simulator serta heli lama V3 belum tentu kita boleh terbangkan Colective pitch heli dengan baik.

3. Beli rc heli. Kat sini kebanyakkan org yg baru nak menceburi bidang ni buat kesilapan besar!! Sebelum beli tanya pandangan rakan2 yg dah biasa terbangkan rc heli. Jangan terjerat dengan harga yg murah. Walaupun heli2 yg baik ni mungkin tinggi sikit dari segi harga tapi kita boleh jimat dalam masa panjang. Kalau tak boleh beli sekali gus, beli kit dulu dan kemudian baru beli electronics dia. Jgn gopoh2... kena banyak sabar. Tentang electronics boleh rujuk forum2 atau pandangan rakan2 mana yg paling sesuai.

4. Transmitter. Biasanya transmitter ni kita beli sekali je mungkin sampai mati pakai yg tu je, itu pun kalau ada bajet. Utk permulaan boleh la amik yg 6/7 channel paling minima. Kalau nak fly scale heli siap ngan retract, lampu lampa, smoke atau lepaskan parachute ke, banner ke kenalah amik yg 9 channel ke atas. Diantara Transmitter yg baik adalah Futaba & JR. Utk memudahkan kita faham tentang setting Tx ni eloklah beli brand yg rakan sekeliling kita pakai.

5. Training...back to simulator..... training...back to simulator.... & training.... Step by step. Sabar... sabar... & sabar... Belajar heli ni takde short cut. Jgn gopoh. Take your own sweet time dan enjoy. Learning are not racing!!!

Perbayakan masa anda dengan simulator, mahirkan diri tentang orientation dan stick movement, banyakan bacaan tentang rc heli, tanya soalan, cuba intai-intai heli 2nd hand untuk dijual pada forum-forum dan anda akan dapat apa yang anda inginkan.

Semoga anda berjaya.

14 comments:

Rahisham said...

~ such a brilliant and perfect advices for RC Heli newbie i ever read. Enough for me to determine which type of RC Heli shoul i go for. It is very helpful... Thanks YNS !!! -Sham

SAIFUL LIZAN BAHRI said...

hi...saye nie orang baru dalam heli....tapi saye minat giler dalam sukan nie..

http://electric-heli.blogspot.com/

Banting ReeF said...

Bravo terima kasih boss .. harap - harap makin banyak lagi tunjuk ajar yang berguna macam ini .. the best exprerience .. is the first hover :)

nasser said...

Saya ni dah 2 tahun main heli. Tapi setakan terbang sampai atap rumah je la. Kalau lebih sikit mula la tak boleh control..n crash. Apa sebab jadi begitu eh...setakat ni saya guna HBK2 dan Belt CPV2..nak beli yang mahal2..takut crash lagi...

Nas said...

thx, idea yg sgt baik. selama ni sy agak tergopoh gapah, lps bc ni br faham.

http://nastoysshop.blogspot.com/

jejaka_jhr said...

haiii,saya baru nak jinak2 upgrade kpda 4 channel,apa kelebihan kekurangan walkera cb180q dgn esky big lama

epul said...

terima kasih ats tunjuk ajar dan nasihat yg sgt berguna ini

saiful hamdan said...

salam bro,saya nk cari clone trex 500,kit saja.kalau ada call saya.0129995020 atau 0199740890.

halim said...

Salam..nasihat yang berguna..saya amat berminat dgn RC heli..tergoda dgn otai2 main rc heli dkt padang AU2 keramat..sy himpit2 dgn salah seorang otai dia jual kat saya 2nd hand heli "Walkera Master CP 200"..kira boleh lah..belajar naik dan turunkan heli...craSH DUA KALI..salah lending dan sebab2 angin...di mana boleh saya buat setting Heli saya ini..tq..

halim said...

Salam..nasihat yang berguna..saya amat berminat dgn RC heli..tergoda dgn otai2 main rc heli dkt padang AU2 keramat..sy himpit2 dgn salah seorang otai dia jual kat saya 2nd hand heli "Walkera Master CP 200"..kira boleh lah..belajar naik dan turunkan heli...craSH DUA KALI..salah lending dan sebab2 angin...di mana boleh saya buat setting Heli saya ini..tq..

panglima garang said...

boss nak tanya sikit..ok x model ni sebab harganya x terlal mahal V913 4Channel Single Blade 2.4GHz LCD Remote Control Helicopter RTF

syed said...
This comment has been removed by the author.
syed said...

Maaf menyibuk...brand wl toys ke?sbelum ni sy pkai v912 kecil sdikit dri v913.sy amt puashati.stabil dan senang dikwal,boleh fly smpai 100 meter.jnji sparepart senang cri ckup.

zorro melaya said...

Salam smua..maaf mncelah..sy ada nk jual Futaba T6EX..utk prtanyaan whsapp sy 0125555677..tq all..