Adalah diharap agar semua mendapat manfaat daripada blog ini. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan saya mohon maaf dan sila hubungi saya untuk perbetulkan mana2 yg tak sesuai.

Latihan 5 - Asas Foward Flight

Sememangnya anda bosan dan letih dengan hover merata-rata tempat, jadi jom enjoy dengan beberapa latihan forward flight! Memang menyeronokan…

Seperti biasa, hover heli anda ke paras 3-5 kaki. Berikan sedikit tolakan pada cyclic control stick untuk gerakan heli kehadapan. Helicopter tersebut akan mula hilang ketinggian dan pada ketika ini, tarik kebelakang sedikit cyclic control stick.

Ini bukan sahaja akan hentikan kehilangan ketinggian, malah ia juga akan berhentikan helicopter anda daripada bergerak kehadapan. Anda juga mungkin akan perasan helicopter tersebut akan mula tambah ketinggian pula.

Anda perlu turunkan sedikit throttle/collective control stick untuk turunkan helicopter semula kembali hover pada paras 3-5 kaki. Hover helicopter anda sehingga kembali ke tempat asal(starting point), dan cuba latihan ini beberapa kali.

Sebaik sahaja anda sudah dapat biasakan diri tentang pergerakkan helicopter semasa dalam transition lift, transition dalam forward flight, mari mulakan hover pada paras 10-15 kaki tinggi.

Daripada hover pada ketinggian ini, seperti tadi berikan sedikit tolakan pada cyclic control stick. Kali ini bila helicopter tersebut mula hilang ketinggiannya, biarkan sahaja sehingga sampai pada paras 5-8 kaki. Ketika ini, tarik sedikit cyclic control stick untuk memperlahankan penurunan, dan mengakibatkan helicopter tersebut mula untuk berhenti daripada bergerak kehadapan.

Ulangi beberapa kali dan bila anda sudah berkeyakinan berkenaan menggerakkan helicopter kehadapan serta memberhentikannya daripada bergerak kehadapan, sila ke latihan seterusnya, Angka 8 dalam Forward Flight.

Jangan biarkan ianya bergerak kehadapan terlalu laju untuk permulaan!

No comments: