Adalah diharap agar semua mendapat manfaat daripada blog ini. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan saya mohon maaf dan sila hubungi saya untuk perbetulkan mana2 yg tak sesuai.

Rc Helicopter Setup & Tip-tip Pemasangan

Pengenalan

Cyclic Collective Pitch Mixing atau CCPM adalah salah satu daripada dua kaedah paling popular untuk mengawal pergerakan swashplate pada sesebuah Rc Helicopter. Dengan adanya transmitter modern sekarang ini telah jadikan CCPM lebih mudah dan hampir tiada masalah berbanding fliers terdahulu daripada kita. Dengan sedikit tip-tip mudah, mana-mana heli pilot mampu dan boleh jadi CCPM expert :). CCPM bolehlah ditakrifkan sebagai beberapa servo berkerjasama dan saling bergantung antara satu sama lain dalam sebuah Rc Helicopter untuk melaksanakan semua pergerakkan swashplate (collective, aileron dan elevator). Terdapat 4 servo dan 3 servo CCPM setup, tetapi kebanyakkan Rc Helicopter hari ini menggunakan 3 servo 120° setup.

Satu lagi kaedah untuk mengawal pergerakan swashplate adalah bukan CCPM(non-CCPM), lebih dikenali Single Servo Mechanical. Single Servo Mechanical control ini menggunakan satu servo untuk mengawal satu pergerakan. Servo-servo ini bekerja dengan sendiri dan tidak bergantung antara satu dengan lain kerana setiap satu servo tersebut mempunyai kerja yang tersendiri terhadap pergerakan swashplate. Sebagai contoh, satu servo control collective, satu servo control aileron dan satu servo control elevator.

Sebaliknya CCPM mengabungkan pergerakan ketiga-tiga servo tersebut untuk mengawal pergerakan keseluruhan swashplate. Sebagai contoh, untuk collective ketiga-tiga servo akan bergerak mengerakan keseluruhan swashplate keatas atau kebawah secara serentak. Dalam CCPM tidak berlaku pergerakan swashplate tanpa pergerakan daripada sekurang-kurangnya dua servo.

Mechanical Heli

CCPM Heli

Diantara kelebihan CCPM heli berbanding Single Servo Mechanical heli:

- Mechanical setup yang lebih mudah, biasanya kurang linkage dan kurang parts.

- Kurang slop kerana kurangnya linkage.

- Lebih ringan kerana parts yang digunakan agak kurang.

- Mempunyai torque yang lebih pada pergerakan swashplate kerana tiga servo berkongsi sesuatu bebanan.

Diantara kekurangan CCPM heli:

- Adanya interaction, pergerakan keseluruhan swashplate tidak sekata terutamanya bila digerakan dengan cepat dimana pergerakan servo itu sendiri tidak sekata, ada yang bergerak lebih perlahan atau bergerak lebih jauh daripada yang lain.

- Mana-mana CCPM helicopter yang menggunakan direct link daripada servo ke swashplate akan mendedahkan servo-servo tersebut lebih mudah rosak ketika crash.

- Dalam CCPM helicopter jika satu servo rosak semasa penerbangan, semua basic swash control akan terbengkalai, nipislah peluang untuk selamatkan heli.

- CCPM setup perlukan kepada penggunaan servo-servo yang berkualiti tinggi serta brand dan model yang sama, percampuran brand dan model antara servo atau ingin berjimat-jimat akan mengakibatkan sakit kepala semasa setup dan juga semasa penerbangan.



Tip-tip Pemasangan Rc Helicopter

Proses memasang Rc Helicopter haruslah dilakukan dengan penuh sabar biarpun mengambil sedikit masa. Bila pertama kali anda membuat pemasangan Rc Helicopter, anda perlu lebih berhati-hati dan jangan cuba untuk malangkah proses pemasangan yang ditentukan dalam manual. Sekiranya anda cuba untuk percepatkan proses tersebut kemungkinan besar perkra-perkara tidak diingini boleh berlaku seperti parts tertanggal semasa penerbangan dan sebagainya. Pendek kata jangan gopoh.

1. Pastikan anda membaca semua yang ada dalam manual keseluruhanya sebelum mula kerja-kerja pemasangan. Baca berkali-kali sehingga anda lebih memahami agar ianya dapat memudahkan kerja-kerja pemasangan nanti. Periksa dan pastikan parts yang disertakan semuanya ada.

2. Sebelum memulakan pemasangan pastikan semua peralatan yang diperlukan tersedia ada seperti Hex Driver, Screw Driver, Needle Nose Plier, Ball Link Plier, Thread Lock, CA, Pitch gauge dan sebagainya.

3. Untuk memudahkan kerja bentangkan semua parts diatas kain putih(tuala good morning) dan agihkan mengikut turutan pemasangan seperti dalam manual. Sediakan kotak kecil seperti kotak motor atau kotak gyro GY401 untuk mengisi barang-barang kecil seperti screw & nut agar tidak mudah hilang.

4. Mulakan pemasangan mengikut turutan seperti dalam manual, mana yang dahulu didahulukan. Biar ambil lebih masa asalkan pemasangan lebih sempurna.

5. Sukat linkages menggunakan digital caliper jika ada.

6. Pastikan swash plate ‘level’ dengan menggunakan swashplate leveling tool jika ada.

7. Sentiasa gunakan thread lock bagi semua screw pada metal part. Semasa gunakan thread lock jangan terlalu banyak, sikit dah cukup.

8. Jangan gunakan thread lock pada bahagian(part) plastic atau nylon kerana ia akan makan bahagian tersebut, sebaliknya gunakan CA jika betul-betul perlu.

9. Pastikan gear mesh antara motor pinion dan main gear tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar, untuk dapatkan mesh yang baik letakkan potongan kertas A4 antara motor pinion dan main gear kemudian rapatkan pinion dan ketatkan screw pengikat motor dan keluarkan potongan kertas A4 tadi.

10. Pastikan Main Blade, Flybar Paddle & Tail Blade well balanced.

11. Pastikan ikatan pada Main Blade dan Tail Blade tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar, cukup untuk ianya dapat lurus dengan sendirinya semasa spool up.

12. Pastikan tiada metal parts atau carbon fiber parts bergesel antara satu dengan lain. Ia akan akibatkan gangguan RF yang berkemungkinan boleh menyebabkan crash.

13. Jarakkan Receiver(Rx) wire daripada sumber kuasa, motor serta parts yang berputar. Jangan biarkan Rx wire bersentuh dengan carbon fiber atau metal parts. Sebaiknya untuk Rc Helicopter gunakan PCM receiver atau 2.4Ghz Rx.

14. Apabila anda repair atau disassembling Rc Helicopter anda, pastikan lihat dan belek betul-betul parts tersebut. Kalau kurang daya ingatan ambil gambar secara terperinci tentang parts tersebut kerana ianya dapat membantu sekiranya anda terlupa kedudukan atau posisi parts-parts tersebut semasa membuat pemasangan semula.

15. Sekiranya anda benar-benar baru dalam pemasangan Rc Helicopter, pastikan flier berpengalaman dan berpengetahuan tentang setting periksa Rc Helicopter anda terlebih dahulu sebelum anda melakukan penerbangan sulung anda.


Rc Helicopter Setup

Langkah 1 (Transmitter Preparation)

1.1. Pastikan semua switch pada Transmitter(Tx) anda berada pada posisi yg betul iaitu berada kearah belakang Tx.

Tx Switch Position

1.2. Pilih ‘Model’ yang tidak digunakan dan reset semua setting bagi model tersebut.

Menu List

Model Select

1.3. Pilih jenis atau ‘Type’ yang sesuai seperti ‘HELI’ untuk Helicopter, ‘ACRO’ utk plane dan sebagainya.

Type Select

1.4. Pilih ‘Modulation’ samada PPM atau SPCM. Kalau Receiver(Rx) FM pilih PPM dan sekiranya Rx PCM pilih SPCM.

Modulation

1.5. Pilih ‘Swash Type’ yang betul seperti eCCPM(3 servo) heli adalah 120° manakala mechanical(single servo) heli adalah normal 90°.

Swash Type

1.6. Pastikan semua trim dan sub-trim pada center serta tiada sebarang mixing, pastikan juga throttle curve & pitch curve untuk semua flying mode adalah linear iaitu 0%,INH,INH,50%,INH,INH,100%.

Sub-Trim

Throttle Curve

Pitch Curve

1.7. Pastikan ATV/EPA atau Travel Adjust pada setiap channel adalah 100% semuanya.

ATV Menu

1.8. Pastikan Swash Menu atau Swash Mix pada default, Futaba 50% manakala JR 60% utk AILERON, ELEVATOR dan PITCH.

Swash Menu


Langkah 2 (Servo Direction & Servo Centering)

2.1. Pertama, sambungkan semua servo ke channel yang betul pada Receiver(Rx) anda.

Aileron - JR channel 2(Aile) & Futaba channel 1

Elevator - JR channel 3(Elev) & Futaba channel 2

Pitch - JR channel 6(aux1) & Futaba channel 6

Rudder - JR channel 4(rudd) & Futaba channel 4

Throttle/Esc - JR channel 1(Thro) & Futaba channel 3

Gear - JR channel 5(Gear) & Futaba channel 5

Servos - CCPM Heli

Servos - CCPM Heli

Servos - Non CCPM Heli

Servos - Non CCPM Heli


2.2. Tanggalkan 2 daripada 3 wayar ESC ke Motor. ‘On’ Transmitter(Tx) dan ‘On’ receiver(Rx). Tolak Throttle/Pitch stick keatas dan bawah, pastikan ketiga-tiga servo bergerak pada arah yang betul iaitu bila tolak throttle stick keatas ketiga-tiga servo akan menolak swash plate keatas dan begitu juga sebaliknya.

CCPM HELI

Posisi Throttle Stick

Pergerakan Swashplate

Adjustment

Keatas

Semua servo menolak swashplate keatas

Tiada

Keatas

Semua servo menarik swashplate kebawah

Ubah % pitch pada swash mixing menu e.g: drpd 50% ke -50%

Keatas

1 atau 2 servo menarik swashplate kebawah

Ubah direction channel servo tersebut pada servo reversing menu.

SINGLE SERVO MECHANICAL HELI

Posisi Throttle Stick

Pergerakan Swashplate

Adjustment

Keatas

swashplate keatas

Tiada

Keatas

swashplate kebawah

Ubah direction channel servo pitch pada servo reversing menu.


2.3. Pastikan juga swashplate condong kearah yang betul bila input pada aileron & elevator stick diberikan. Periksa dan pastikan ianya bergerak dengan betul utk semua arah e.g: aileron kanan, kiri, elevator depan & belakang.

CCPM HELI

Posisi Stick

Pergerakan Swashplate

Adjustment

Aileron kanan

Swashplate condong kekanan (heli pada posisi tail in)

Tiada

Aileron kanan

Swashplate condong kekiri

(heli pada posisi tail in)

Ubah % aileron pada swash mixing menu e.g: drpd 50% ke -50%

Elevator depan

Swash plate condong kedepan (heli pada posisi melintang)

Tiada

Elevator depan

Swash plate condong kebelakang

(heli pada posisi melintang)

Ubah % elevator pada swash mixing menu e.g: drpd 50% ke -50%

SINGLE SERVO MECHANICAL HELI

Posisi Stick

Pergerakan Swashplate

Adjustment

Aileron kanan

Swashplate condong kekanan (heli pada posisi tail in)

Tiada

Aileron kanan

Swashplate condong kekiri

(heli pada posisi tail in)

Ubah direction channel servo aileron pada servo reversing menu.

Elevator depan

Swash plate condong kedepan (heli pada posisi melintang)

Tiada

Elevator depan

Swash plate condong kebelakang

(heli pada posisi melintang)

Ubah direction channel servo elevator pada servo reversing menu.


2.4. ‘On’ Transmitter dan ketengahkan(center) kedua-dua stick termasuk throttle/pitch stick dan ‘On’ heli anda(pastikan cabut 2 daripada 3 wayar ESC ke Motor terlebih dahulu). Bukan semua servo arm akan align dengan baik jadi cari dan gunakan servo arm yang paling hampir menepati kedudukan 90° seperti rajah dibawah. Sekiranya kedudukan servo arm tidak menepati 90° maka gunakan sub-trim untuk adjust servo arm tersebut agar kedudukannya tepat pada 90°, jangan gunakan trim biasa untuk tujuan ini.

Center All Stick

Disconnect Power Source

Try different Servo Arm

Center the Servo

Center the Servo

Center the Servo


Langkah 3 (Head Setup)

3.1. Tanggalkan 2 daripada 3 wayar ESC ke Motor. ‘On’ Transmitter(Tx) ketengahkan(center) kedua-dua stick termasuk throttle/pitch stick. ‘On’ receiver(Rx).

Disconnect Power Source

Center All Stick


3.2. Adjust linkage daripada servo ke swashplate agar ianya rata(leveled) 90° dengan main shaft serta adjust linkage daripada washout mixing arm ke flybar cage agar kedudukan kedua-dua washout arm selaras diantara satu dengan lain(90° dengan main shaft). Pastikan ukuran linkage daripada washout arm ke flybar cage sama panjang. Rujuk gambar dibawah.

Adjust Linkages

Untuk Single Servo Mechanical Heli hanya adjust dua linkage daripada aileron bellcrank ke swashplate agar swashplate leveled, linkage perlu sama panjang. Adjust linkage washout mixing arm ke flybar cage agar kedudukan kedua-dua washout arm selaras diantara satu dengan lain(90° dengan main shaft). Pastikan ukuran linkage daripada washout arm ke flybar cage sama panjang.

3.3. Tolak throttle/pitch stick maksimum keatas dan pastikan washout block hampir tapi tidak mengenai main rotor hub. Pastikan ruang mencukupi untuk ‘extra travel’ bila full input elevator atau aileron diberikan serentak agar tiada binding pada main rotor hub.

Swash Top

3.4. Tarik throttle/pitch stick maksimun kebawah dan pastikan kedudukan swashplate serendah mungkin tanpa mengenai main shaft collar atau frame semasa full input aileron atau elevator diberikan serentak agar tidak bind dibahagian bawah.

Swash Bottom

3.5. Sekiranya ada binding samada bahagian atas atau bawah, samada adjust linkage servo ke swashplate atau adjust linkage washout mixing arm ke flybar cage atau mungkin perlu adjust kedua-duanya sekali dalam masa yang sama pastikan semasa center stick, swashplate leveled 90° dengan main shaft serta washout arm selari kedua-duanya pada kedudukan 90° dengan main shaft.

Linkage Adjustment

Untuk Single Servo Mechanical Heli pula sekiranya ada binding samada bahagian atas atau bawah, adjust % pitch servo pada EPA atau Travel Adjust. Sekiranya pula throw tidak samapai ke maksimum, ubah ball link pada servo arm dengan gunakan lubang yang boleh berikan full travel atas dan bawah.

3.6. Kembalikan stick semula di tengah(center) dan adjust linkage dari swashplate ke flybar mixing arm agar kedudukan kedua-dua arm tersebut selari dan selaras dengan flybar cage(pastikan flybar berkedudukan 90° dengan main shaft atau selari dengan tail boom). Kedua-dua linkage tersebut juga mestilah sama panjang.

Level the Flybar

Level the Flybar Arm

3.7. Adjust linkage daripada flybar mixing arm ke main blade grip agar bacaan pitch pada blade berada pada 0°(gunakan pitch gauge) semasa flybar betul-betul selari dengan tail boom. Linkage tersebut tak semestinya sama panjang.

Adjust Pitch Linkage

Pitch at Center Stick

3.8. Pastikan dapat bacaan blade pitch yang sama bagi kedua-dua maksimum stick atas dan bawah e.g: maksimum atas +10° serta -10° maksimum bawah. Sekiranya kita set dengan sempurna seperti servo arm betul-betul 90°, swashplate benar-benar level, linkage benar-benar sama panjang(bagi yg perlu sama panjang) kita akan dapati bacaan yang sama bagi full top dan full bottom samada -11,0,+11 atau -9,0,+9. Untuk tambahkan atau kurangkan pitch range tersebut mengikut kesesuaian kita, cuma adjust % pitch pada swash mixing menu e.g: drpd 50% ke 60% atau 50% ke 40%. Tambahkan % tersebut akan tingkatkan pitch range manakala kurangkan % akan kurangkan pitch range.

Low Stick

Center Stick

Hi Stick



Langkah 4 (Pitch & Throttle Curve)

Sebagai garis panduan sila rujuk dibawah ini, kemudian adjust ikut kesesuaian diri sendiri.

Pitch Curve Setup

Throttle/Pitch Stick

Normal

Aerobatic

Atas (100%)

+10°

+10°

Tengah (50%)

Bawah (0%)

-3°

-10°

Throttle Curve Setup

Throttle/Pitch Stick

GP

Electric

Normal

Aerobatic

Normal

Aerobatic

Atas (100%)

100%

100%

100%

100%

Tengah (50%)

60%

70%

65%

75%

Bawah (0%)

10%

100%

0%

100%

Throttle curve ini sebenarnya bergantung kepada beberapa perkara seperti jenis motor, pilihan main blade, suhu, muffler, berat helicopter serta jenis helicopter. Apa yang penting adalah untuk mendapatkan ‘constant headspeed’ sebaik sahaja helicopter nak naik ke udara. Jika kita tambah pitch(heli menaik) kita perlu tambah kuasa(throttle) untuk menangani rintangan (resistance) akibat daripada penambahan pitch pada blade tadi. Sekiranya dalam masa heli menaik(climb) anda dapati headspeed menurun, perlu untuk anda tambahkan throttle % pada posisi stick tersebut dan lakukan sebaliknya jika anda dapati penambahan rpm pada headspeed. Pastikan throttle pada 100% bila throttle/pitch stick berada pada posisi Atas(Top). Sekiranya semasa ‘max climb out’ anda dapati penambahan headspeed maka anda perlu tambah pitch pada blade, jangan turunkan headspeed dengan ubah max throttle curve. Ia perlu berada pada 100%, anda tidak akan dapat capai maximum power jika anda mengubahnya. Memang masih ada cara untuk capai maximum power ni dengan gunakan cyclic mixing, namun buat masa ini kita kekalkan 100% tu. Ikut garis panduan Pitch Curve Setup diatas, dan sekiranya anda perlu lebih pitch semasa maximum power kerana rpm headspeed meningkat, tambah je pitch tu. 10° tu hanyalah sebagai panduan sahaja dan selalunya sesuai untuk kebanyakan setup, tetapi dengan motor yang berkuasa tinggi atau helicopter yang lebih ringan mungkin perlukan lebih pitch.

Nota: Adjust throttle % untuk adjust headspeed rpm bagi semua posisi stick kecuali ‘full collective’. Adjust pitch bila posisi pada ‘full collective’.


Langkah 5 (Tail Setup)

5.1. Pertama sekali sebolehnya pastikan anda gunakan servo arm yang betul-betul pada kedudukan 90° daripada servo case, juga pastikan semua trim termasuk sub-trim adalah 0(centered).

Center the tail servo

5.2. Setkan 100% limit pada gyro(jika menggunakan gyro yg mempunyai feature tersebut).

5.3. Gunakan lubang pada servo arm yang boleh dapatkan full travel pada tail pitch slider bila berikan Tx rudder input.

5.4. Semasa Gyro sudah initialized dan servo pada kedudukan centered(neutral position) adjust linkage tail push rod atau ubah kedudukan servo pada tail boom agar tail blade pitch berada lebih kurang +3°.

Tail Center

5.5. Pastikan tiada binding atau mechanical stop samada pada tail push rod atau tail pitch slider semasa full travel kiri dan kanan.

Tail +ve Thrust

Tail -ve Thrust

Tail



Langkah 6 (Meminimakan CCPM Interaction)

Bagi CCPM Helicopter interaction ini adalah sesuatu yang tak dapat dielakkan. Namun begitu kita boleh meminimakan interaction ini samada menggunakan Swashplate Leveling Tool atau pun gunakan Bubble Level. Yang penting swashplate mestilah mendatar rata 90° daripada main shaft (level at 90° in-relation to the main shaft) pada center stick, Low stick dan High Stick dengan pitch curve linear seperti 0%,INH,INH,50%,INH,INH,100%.

Bagi yang tidak mempunyai Swash Leveling Tool kita perlukan satu Bubble Level, 2 Hex Driver 1.5mm dan cellophane tape atau double sided tape.

The Tools

6.1. Seperti biasa tanggalkan 2 daripada 3 wayar ESC ke Motor terlebih dahulu. ‘On’ Transmitter(Tx) ketengahkan(center) kedua-dua stick termasuk throttle/pitch stick. ‘On’ receiver(Rx).

Disconnect Power Source

Center all Stick

6.2. Pastikan Flybar level & selari dengan tail boom, kunci pergerakan flybar dengan 2 Hex Driver 1.5mm seperti gambar dibawah. Lekatkan Bubble Level pada flybar paddle dan levelkannya (Bubble at center).

Level the Flybar

Lock the flybar

Attach bubble level

6.3. Halakan Heli nose-in mengadap anda. Pastikan bubble betul-betul ditengah-tengah Bubble Leveler. Tolak throttle/pitch stick keatas(High stick) dan sekiranya bubble berubah kedudukannya adjust % aileron channel di EPA/ATV atau Travel Adjust sehingga bubble berada betul-betul ditengah-tengah.

Aileron Interaction

Bubble levelled

Bubble Walked

Adjust End Point

6.4. Kemudian letakan throttle/pitch stick kebawah(Low Stick) dan lakukan seperti 6.3 diatas.

6.5. Anda mungkin perlu lakukan proses ini beberapa kali untuk dapatkan keputusan yang baik. Pastikan bubble sentiasa berada ditengah-tengah samada di Hi stick, Mid stick dan Low stick.

6.6. Kemudian lintangkan helicopter anda dan pusingkan rotor head supaya flybar paddle yang ada Bubble Leveler menghadap anda. Tolak throttle/pitch stick keatas(High stick) dan sekiranya bubble berubah kedudukannya adjust % elevator channel di EPA/ATV atau Travel Adjust sehingga bubble berada betul-betul ditengah-tengah. Lakukan yang sama juga untuk Low stick dan pastikan bubble sentiasa berada ditengah-tengah samada di Hi stick, Mid stick dan Low stick.

Elevator Interaction

Adjust End Point



Perhatian:

Ini semua hanyalah sekadar garis panduan untuk anda memulakan kerja pemasangan dan setting Rc helicopter anda. Kemungkinan ianya tidaklah 100% tepat untuk semua jenis helicopter terutamanya jadual Throttle curve diatas, ianya hanyalah sebagai initial guidelines. Seperti yang disebutkan diatas, ianya banyak bergantung kepada peralatan rc yang digunakan. Apabila anda sudah biasa kendalikan Rc Helicopter anda, anda boleh ubah throttle & pitch curve mengikut kesesuaian anda.


3 comments:

Uzir Amad Hassan said...

da faham.baru jmpa apa nk trim.t.kasih yns.

Martin Justin Sigoh said...

Hi,

saya salah seorang peminat RC Heli dan mempunyai 2 buah RC (3 channel) electric RC Heli. Saya berminta untuk membeli gas/turbine RC heli namun sukar untuk saya mendapatkannya. Saya berasal dari Kota Kinabalu. Kebanyakan kedai mainan yg terdapat di sini hanya menjual gas RC Car dan tiada menjual gas/turbine RC heli. Dan juga kebanyakan kedai mainan disini saya dapati tiada menjual eksesori atau minyak khas utk alat mainan ini. Mungkin encik boleh bagi cadangan dan panduan di mana saya boleh mendapatkan/membeli gas/turbine RC Heli.

Terima Kasih
Martin
emel: marscegoh@hotmail.com

Nurhaida Abdul Sani said...

saya nak tanya. Kalau transmitter rosak, kat mane ye nak hantar repair?