Adalah diharap agar semua mendapat manfaat daripada blog ini. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan saya mohon maaf dan sila hubungi saya untuk perbetulkan mana2 yg tak sesuai.

Head Speed Calculator

Untuk mengira Head speed RC Helicopter anda, ada 4 perkara yang perlu diketahui:

1. Voltage: Ini adalah voltage daripada bateri/lipo anda. Anda boleh dapatkannya daripada kertas spesifikasi atau label pada bateri/lipo anda.

2. Motor kv: Ini adalah rpm yang dihasilkan oleh motor bagi setiap volt / per volt applied. Biasanya anda boleh dapatkan kv motor ini daripada kertas spesifikasi motor tersebut.

3. Jumlah gigi/teeth(T) pada pinion: Sekiranya anda sendiri yang setup RC helicopter anda, sudah sepatutnya anda mengetahui pinion yang digunakan. Jika anda beli RC helicopter RTF(ready to fly) atau orang lain yang tolong setupkan, cuma kira jumlah gigi/teeth(T) pada pinion yang digunakan. Kira gigi pada pinion adalah jauh lebih mudah dibandingkan kira gigi pada main gear.

4. Jumlah gigi/teeth(T) pada main gear: Cuma perlu kira sahaja berapa gigi yang ada pada main gear. Anda juga boleh dapatkannya daripada buku panduan/owner manual.

5. Efficiency rate: Ini adalah peratus keberkesanan motor semasa anda terbangkan RC helicopter anda. Adalah kebiasaannya menggunakan 80% (0.8) atau 90% (0.9) bergantung pada banyak factor walaupun anda set 100% throttle curve.

Fomula perkiraan: Anggaran Head Speed = Voltage (1) x Motor kv (2) x Jumlah gigi pinion (3) ÷ Jumlah gigi Main Gear (4) x Efficiency (5)

Contoh: Saya set up Trex 450SE dengan motor Medusa 028-032-3400 (kv=3400rmp/v) berserta 12T pinion. Saya akan gunakan bateri 3 cell Lipo 11.1V. Gigi/teeth(T) main gear untuk Trex 450SE adalah 150. Sekarang saya mahu tahu berapa head speed untuk Trex 450SE saya.

11.1 x 3400 x 12 ÷ 150 x 0.8 = 2415. Head speed Trex 450SE saya adalah dalam lingkungan 2,415. Jika saya gunakan 11T pinion untuk setup yang sama,

11.1 x 3400 x 11 ÷ 150 x 0.8 = 2214. Head speed Trex 450SE saya adalah dalam lingkungan 2,214.


Nota : Perkiraan diatas Perkiraan diatas hanyalah sebagai anggaran kasar head speed. Cara yang paling berkesan dan lebih tepat adalah dengan menggunakan tachometer untuk mengukur head speed yang sebenarnya pada RC helicopter anda. Kesemua pengiraan diatas hanya mengambil kira nominal voltage untuk 3 cell li-po yakni 11.1V, pada permualaan discharge voltage dia adalah 12.6!!! so jaga2...



Pecahan fomula:

  1. Main gear ÷ Pinion = Gear ratio
  2. Motor kv x Battery voltage = Head speed maksimum (rpm)
  3. Head speed maksimum / gear ratio = Head speed tanpa Efficiency loss.
  4. Head speed tanpa efficiency loss x Efficiency rate (samada 0.8 atau 0.9) = Sasaran head spead

No comments: