Adalah diharap agar semua mendapat manfaat daripada blog ini. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan saya mohon maaf dan sila hubungi saya untuk perbetulkan mana2 yg tak sesuai.

Transmitter setting - JR9X2

Utk setting step by step kena tengok finless video built thread (Trex SE) tapi dia pakai Tx Futaba. Saya dulu pun cari sendiri berpandukan video tersebut. Camanapun saya akan cuba terangkan basic step utk setting.

Permulaan
1. Type Select - Tekan butang ENT, while holding it down switch on the transmitter. Ini akan masuk ke System Menu List. Daripada System Menu List ni pilih Type Sel dan pilih Heli dan tekan butang List utk kembali ke System menu

2. Model Select - Daripada System Menu List ni pilih Model Sel dan pilih Model 1 atau mana2 yg tak digunakan. e.g Model 1 Heli SPCM dan tekan butang List. Kalau nak type nama heli masuk ke MDL Name dan taip je Dragonus (Tapi utk taip nama heli pastikan dilakukan selepas lakukan Reset).

3. Model Reset - Drpd System Menu List pilih MDL Reset dan tekan CLR button. Tekan List button utk kembali ke Menu List

4. Swash Type - Drpd System Menu List pilih Swash Typ dan pilih 3s120 dan tekan butang List utk kembali ke System Menu List.

5. Bila dah siap semua kat atas tekan butang ENT 2x utk ke Function Menu List. Tekan List button dan double check semua Trim, Sub Trim kat 0. Semua Trvl Adj kat 100%. Swash Mix semua kat 60%. Thro Curv utk Norm, ST-1 & ST-2 kat 0,INH,INH,50%,INH,INH,100%. Pit Curv utk Norm, ST-1 & ST-2 & Hold kat 0,INH,INH,50%,INH,INH,100%. Revo Mix semua kat 0% dan tiada mixing utk Mix-Thro serta semua Prog Mix, INH kan semua mixing. Gyro Sens, setkan utk Pos 0 70%, Pos 1 70% dan Pos 2 50%(ni rate mode utk senang adjust tail nanti)

Ada satu perkara lagi lupa nak kasi tau. Dekat Menu List, masuk kat DeviceSel, tekan kat Pit TRIM dan select INH. Satu lagi kalau masa pilih model kat Model Sel tu takde SPCM, pegi kat Modulat. dan pilih SPCM. Pastu pastikan semua Switch kat Tx tu tolak ke posisi arah ke belakang Tx.


Setting-up

Tanggalkan main blade (safety precaution) atau biarkan main blade tapi mesti cabut mana2 dua wayar drpd motor ke ESC. Pastikan letakkan throttle stick betul2 at center @50% at pitch curve.

1. Servo Movement - Pastikan semua servo bergerak mengikut arah yg betul. Bagi stick input eg tolak Elevator stick keatas dan lihat pergerakkan ketiga2 servo. Begitu juga dengan Aileron dan pitch. Kalau hanya satu servo yg salah pergerakannya gunakan Rev Sw pada Function Menu List dan tukar channel servo tersebut samada drpd Rev to Norm atau sebaliknya. Tapi kalau 2 servo atau semua servo salah pergerakannya gunakan Swach Mix pada Function Menu List dan tukar channel servo tersebut samada drpd -ve ke +ve (eg. kalau asalnya +60% tukarkan ke -60%). Bila dah dapat semua servo bergerak dgn betul baru pergi ke no 2.

2. Servo centering - On Tx dan power on heli (Always make sure throttle stick at center). Check semua servo arm betul2 90deg, gunakan servo arm yg boleh dapat paling hampir 90deg. Kemudian gunakan Sub Trim pada Function Menu List dan adjust satu per satu channel servo tersebut agar dapat kedudukan 90deg. Saya set CH-2 - Aileron Servo, CH-3 - Elevator Servo, Rudd - Rudder Servo, CH-6 - Aux 1 Pitch Servo dan Aux 2 gyro sence (401 gyro). Bila semua servo arm dah betul2 at 90deg baru ke no 3.

3. Head Setting - Pastikan semua linkages sama panjang terutama antara swash plate ke atas. Bagi linkages antara servo ke swash plate pastikan kedudukan swash plate level at 90deg towards heli / main shaft. On Tx dan power on heli (Always make sure throttle stick at center). At this point pastikan swash plate level, kedua2 washout arms level antara satu sama lain dan kedua2 mixer arms level with flybar cage dan blade pitch at 0deg serta pastikan pergerakan swash plate at full +ve dan full -ve tiada binding. Jika terdapad binding atau kedudukan mixing arms atau washout arms tak sama atau pitch tidak pada 0deg adjust linkages. Kita akan dapat bacaan pitch yg sama samada full –ve atau full +ve eg. -12deg, 0deg, +12deg

4. Pitch Range – Setelah no 3 semua dah perfect baru set kat Tx ikut kesesuaian kita. On Tx dan power on heli (Always make sure throttle stick at center). Untuk tambahkan atau kurangkan pitch range tekan List button dan masuk ke Swash Mix, select Pit dan adjust % samada utk kurangkan atau tambahkan %. Kurangkan % = kurang pitch range & Tambahkan % = tambahkan pitch range eg: kalau asalnya kita dapat -12, 0, +12 dan nak kurangkan kepada -10, 0, +10. Gunakan pitch gauge tolak throttle stick samada full top or bottom dan kurangkan % pada pitch swash mix hingga dapat bacaan 10deg. Dan begtu juga sebaliknya. Adjust % ini tak akan ubah kedudukan center stick, ia akan tetap 0deg.

Kalau perjalanan servo tak sama, mungkin ada servo yang bergerak lebih daripada yang lain yg menyebabkan CCPM interaction maka utk meminimakan interaction tersebut kita gunakan Trvl. Adj dan tambahkan atau kurangkan % kedua2 end point dia agar semua servo bergerak mengikt jarak yg sama. Pastikan swash plate level kat ketiga2 posisi samada kat Low, Mid dan Hi stick.

5. Pitch Curve - On Tx dan power on heli (Always make sure throttle stick at center). Tekan List button dan masuk ke Pit. Curv. Highlight Norm dan tekan. Kat sini ada lists of Norm, ST-1, ST-2 & Hold. Dgn pilih salah satu daripada lists tersebut kita akan masuk ke setting utk lists yg kita pilih. Jadi pilih Norm dan highlight kat Point-L dan tekan, adjust % tersebut hingga dapat bacaan -3deg dengan menggunakan pitch gauge pada blade. (boleh ubah ikut kesesuaian kita, normally utk beginner -4 atau -3 ok dah tapi saya set kat -2). Sekarang reading at Normal -3,0,+10. Setting ni hovering point biasanya kat ¾ stick. Kalau nak hovering kat center stick highlight Point-3 tekan dan adjust % dia sehingga dapat bacaan +5 dgn gunakan pitch gauge. Pada pandangan saya setting ni kurang sesuai kalau kita into 3D kerana bila switch drpd Normal ke ST-1 nanti heli akan jumping kerana ada perubahan pitch drpd +5 kepada 0deg. Apa2 pun ianya ikut kesesuaian masing2.

Sekarang highlight kat Norm dan tekan, pilih ST-1 dan setkan curve kepada 0%, INH, INH,50%, INH, INH, 100% dan begitu juga utk ST-2 dan Hold.

6. Throttle Curve – Setting ni juga berdasarkan kesesuain masing2 dan pastikan ianya sesuai dengan setting pitch curve. Kalau Throttle setting terlalu rendah berbanding ngan pitcg setting apa yg kita akan dapat ialah masa punch the heli up dia akan bogging ataupun akan ambil masa utk heli tu naik. Kalau setting dia ngam bila kita punch heli tu dia akn terus naik. Biasanya utk starting at Normal setkan Point-L 0%, Point-3 70% & Point-H 100%. ST-1 setkan 100%, 80%, 100% dan ST-2 setkan 100%, 90%, 100%. Kemudian adjust semua mode tadi ikut kesesuaian.

7. Gyro - On Tx dan power on heli (Always make sure throttle stick at center). Biarkan Gyro initialized sehingga red led turns solid. Switch Flight Mode switch to ST-2, red led akan off bermakna ia pada rate mode.. At this position kasi full rudder stick input left & right dan tengok ada binding tak kat kedua2 belah. Gunakan Limit pod button pada gyro utk tambah atau kurangkan throw dia. Setkan agar tail slider hampir2 menyentuh pada kedua2 belah, tail case dan tail blade grip. Ubah kedudukan servo samada sedikit kedepan atau kebelakang utk dapatkan center point tail slider agar kita dapat throw yg sama kedua2 belah. Bila dah cun switch back to Normal mode dan masuk Gyro Sens pada Function List Menu dan setkan Pos.2 kepada 70%.

Kalau masa test flight ekor berpusing terus maka ubah posisi DIR switch pada Gyro samada ke Norm atau Rev.

8. Gyro Sence – Tadi starting point kat 70%. Sekarang test hover dan setkan setting ni sedikit demi sedikit dlm 5% setiap kali tukar sehingga kita dapat antara tail wag dengan tak wag. Kalau sence terlalu tinggi akan akibatkan tail wagging. Bila dah dapat % yg betol setkan semua atau ketiga2 Pos.0, Pos.1 & Pos.3 % yg sama.

No comments: