Adalah diharap agar semua mendapat manfaat daripada blog ini. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan saya mohon maaf dan sila hubungi saya untuk perbetulkan mana2 yg tak sesuai.

Tip-tip pembelajaran

  1. Dapatkan bantuan daripada flier yang berpengalaman: Setup sesebuah RC Helicopter untuk pertama kalinya bukanlah mudah. Kemungkinan besar anda tidak akan dapat setup RC heli dengan sempurna tanpa bantuan flier yang berpengalaman. Sesebuah RC Helicopter yang telah di setup dengan betul dan sempurna akan dapat diterbangkan dengan lebih baik dan lebih predictable! Lagi pula, flier yang berpengalaman mungkin boleh berikan petua tambahan serta tip-tip tentang pembelajaran dan dia mungkin juga boleh kenal pasti serta perbetulkan kesilapan-kesilapan yang anda lakukan, yang mana ianya amat berguna. Mencari pengajar yang baik adalah suatu pelaburan paling berharga dalam hobi RC Helicopter ini.
  2. Tetapkan matlamat: Jika anda tetapkan matlamat yang realistic, anda sudah ada sasaran untuk ditumpukan. Ini akan bantu anda belajar dengan lebih cepat, dan ianya akan mendorong anda untuk berlatih. Tambahan pula, bila sasaran sudah dicapai, ia akan tingkatkan dorongan serta keyakinan anda. Just flying around will not learn you to fly soon.
  3. Ambil langkah demi langkah: Pastikan belajar satu langkah demi satu langkah. Jika anda belajar semua sekali gus, anda mungkin berjaya, atau anda akan crash. Jika anda crash, anda akan de-motivated, ianya akan korbankan wang ringgit, ini akan hilangkan keyakinan anda, anda mungkin tidak boleh terbangkannya kerana menunggu alat ganti dan yang paling buruk adalah ianya merbahaya! Pastikan anda belajar setiap langkah dengan teliti pada semua arah sebelum mengambil langkah seterusnya. Jika anda tidak berbuat demikian mungkin pada awalnya anda rasakan dapat tingkatkan kemajuan dengan cepat, tetapi anda akan hadapai masalah kemudian nanti. Penghujungnya anda pasti dapat belajar dengan lebih cepat sekiranya mengambil satu langkah demi satu langkah kerana anda sudah tahu kesemua perkara asas dan anda akan dapat lebih masa untuk terbang daripada repair/baiki heli anda.
  4. Jangan langkah/langkau langkah-langkah pembelajaran: Sememangnya ada banyak cara/kaedah untuk belajar terbangkan RC Helicopter. Yang penting sentiasa disiplinkan diri anda untuk sentiasa mengikuti langkah-langkah yang telah diberikan tak kira cara/kaedah mana yang anda pilih. Bagaimanapun saya akan senaraikan langkah-langkah pembelajaran yang mungkin boleh membantu anda belajar dengan cepat serta dapat meminimakan ruang untuk crashing.
  5. Sediakan jalan keluar: Jika anda cuba untuk belajar langkah baru, cuba fikirkan apa-apa kesilapan yang mungkin atau boleh berlaku. Fikir tentang jalan keluar untuk recover daripada masalah yang berpotensi anda hadapi. Kemudian berlatih jalan keluar tersebut agar anda pasti berkemampuan melakukannya dan biasakan diri dengannya agar anda akan secara automatic menggunakannya jika kesilapan berlaku.
  6. Gunakan Heli Simulator yang sesuai: Memiliki Heli simulator yang sesuai yang mana boleh dikendalikan oleh Transmitter(Tx) anda adalah sesuatu yang tidak ternilai. Ia boleh bantu anda untuk mengenali pengendalian sesebuah RC Helicopter dan belajar reflexes yang diperlukan. Harap maklum bahawa ianya memang banyak membantu! Juga harap maklum bahawa terbangkan RC Helicopter yang sebenarnya adalah masih jauh berbeza daripada terbangkan RC helicopter dalam simulator. Disamping had batasan yang ketara pada simulator sentiasa terdapat factor stress dalam real life yang mana tiada dalam simulator. Dalam real life ianya akan ambil masa untuk repair Rc heli, dan ianya lebih mahal. Saya telah cuba pelbagai simulator dan yakin bahawa Reflex adalah yang terbaik (buat masa ini). Penampilan grafiknya yang cukup menarik dan terbangkan heli lebih realistic. CSM memang lebih realistic tetapi penampilan grafiknya langsung tidak menarik. RealFlight memang popular memandangkan penampilan grafiknya juga cukup baik tetapi tidak realistic semasa terbangkan helicopter.

Langkah-Langkah yang perlu diambil.
  1. Belanja Instructor anda makan & minum setiap kali sesi pembelajaran, dia memang berhak :-).
  2. Belajar tentang basic theory of helicopter aerodynamics (rujuk sini). Ini akan bantu anda untuk memahami tentang karaktor penerbangan sesebuah helicopter. Instructor anda akan mengajar tentang controls and their interactions dan bagaimana angin mempengaruhi model RC helicopter dan lain-lain. Belajar tentang bila Rc Helicopter stalls dan sebagainya, ini jauh berbeza berbanding Rc Kapalterbang!
  3. Berikan Rc Helicopter anda untuk diperiksa secara menyeluruh oleh instructor anda untuk keselamatan.
  4. Gunakan simulator untuk anda berlatih reflexes yang diperlukan untuk hovering Rc Helicopter dan lain-lain meneuvers.
  5. Biarkan Instructor anda setup Rc heli anda sesuai untuk kegunaan pembelajaran. Heli yang di-setup untuk advance 3D terbang jauh berbeza daripada setup peringkat permulaan untuk pembelajaran.
  6. Jika ada gunakan buddy lead dan setup buddy lead tersebut antara Tx anda dan Tx instructor dan pastikan kedua-dua Tx tersebut di-set dengan betul.
  7. Belajar dan amalkan tentang procedures/tatacara keselamatan(safety procedures) tentang penerbangan Rc helicopter serta mana-mana procedures/tatacara keselamatan khusus untuk flying site yang ingin anda pergi.

2 comments:

Arul said...

Hello Salam 1 Malaysia.Saya Baru untuk RC Forum Heli Ni.Boleh Ke Saya Belajar Heli 6 Channel Tanpa Gunakan Simulator.Saya Pernah Cuba Simulator.Tapi Tak Berjaya Belajar Hover.Walaupun Cuba Banyak Kali.Saya Skrg Gunakan Heli Walkera V400D02.Cuma Saya Guna Landing Gear Untuk Belajar Hover.Serba Sedikit Boleh La Dengan Heli Real Berbanding Heli Simulator.Tetapi Tak Pandai Juga Nak Kawal Aileron Dan Elevator Di Paras 1 Kaki.Macam Mana Nak Belajar Lagi...Tolong La Saya Serba Sedikit Ini.Saya Dah Pernah Crash Banyak heli Termasuk Align 450,Esky Honey Bee CT,Walkera V200 D02 Dan Banyak Lagi.Tapi Last Sekali Yang Bertahan Lagi Walkera V400 D02 Ni.

Unknown said...

Boleh tak sy dptkan buku panduan utk v120d06