Adalah diharap agar semua mendapat manfaat daripada blog ini. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan saya mohon maaf dan sila hubungi saya untuk perbetulkan mana2 yg tak sesuai.

Prinsip Penerbangan Helicopter

Selamat datang ke dunia RC Helicopter. Helicopter adalah paling mencabar berbanding RC model yang lain, mempunyai mekanikal yang kompleks serta perlukan penumpuan 100% semasa mengendalikannya.

Terbangkan RC Helicopter bukanlah sekadar seperti mengimbangi sebiji ball bearing atas sekeping kaca. Jika semua mekanikal helicopter tersebut telah diselaraskan (adjusted & aligned) dengan sempurna, ianya adalah seperti menyediakan sekeping kaca yang rata. Jika mekanikal helicopter tersebut tidak di setup dengan baik, ianya diibaratkan seperti menyediakan sekeping kaca yang cembung dimana ball bearing akan terus bergolek ke satu arah.

Pertama sekali bagi pilot/flier RC helicopter perlu sedar bahawa model RC helicopter berfungsi mengikut prinsip yang sama seperti Helicopter sebenarnya(full scale helicopters) dan mengendalikannya sama sahaja sukarnya, atau mungkin lebih sukar disebabkan oleh perbezaan sais dan orientasi. Ianya bukanlah sekadar menekan satu butang untuk naik, dan satu butang lagi untuk kedepan, kebelakang dan sebagainya. Terbangkan helicopter, sama seperti terbangkan model RC, perlukan skill yang perlu dipelajari dan hanya akan diperolehi melalui latihan demi latihan berserta kesabaran. Walaupun bina/pasang serta terbangkan RC helicopter memang kompleks dan sukar, tetapi ianya juga cukup memuaskan. Apabila sudah berkebolehan mengendalikan sebuah kenderaan dimana anda boleh hover, terbang kedepan, kebelakang, kesisi, kiri, kanan dan melakukan bermacam pergerakan yang menarik serta aerobatic, serta mendarat di kaki, cukup membahagiakan.

Tidak seperti belajar untuk terbangkan model RC kapalterbang dimana terbang besama instructor adalah perkara mesti. Pada dasarnya anda akan belajar sendiri untuk terbangkan RC helicopter. Walaubagimanapun sebelum anda mula untuk terbang, luangkan sedikit masa berasama pilot/flyer RC helicopter yang berpengalaman adalah paling baik. Dia boleh bantu untuk setup, periksa model RC helicopter anda (adalah amat penting untuk set semua mekanikal sesempurna mungkin agar lebih selamat dan mudah untuk diterbangkan) juga boleh berikan tip-tip tentang cara untuk terbangkan, bagaimana nak kendalikan dan apa yang boleh dijangkan daripada model RC helicopter anda.

2 comments:

oaklyfahl said...

benjamin moore titanium - Etched by Tony - Tioga Art
Customize your own custom titanium cerakote pieces using our bespoke pieces. Get details on product, babyliss pro titanium timings, location, phone titanium flat iron number, and where is titanium found much toaks titanium more.

stinar said...

g657t8tvtqd743 love dolls,Butterfly Vibrator,couples sexy toys,huge dildos,dildo,horse dildo,wholesale sex toys,dildo,wholesale sex toys p714c3vloyq715