Adalah diharap agar semua mendapat manfaat daripada blog ini. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan saya mohon maaf dan sila hubungi saya untuk perbetulkan mana2 yg tak sesuai.

Latihan 3 - Hover 90°

Lihat rajah dibawah, 1,2,3,4 dan ‘A’ adalah tempat anda hover heli anda dalam latihan sebelum ini. 1 adalah 10 kaki kekiri daripada ‘A’, 2 adalah 10 kaki kekana daripada ‘A’, 3 adalah 10 kaki kekiri daripada ANDA dan 4 adalah 10 kaki kekanan daripada ANDA.

1 A 2

3 ANDA 4

Letakkan helicopter anda pada spot ‘A’ dan naikan heli anda keparas 3 – 5 kaki hover. Setelah anda tetapkan kedudukan heli anda, secara perlahan gerakan heli anda ke kawasan 1. Sekarang usaha dan biasakan hover heli anda di kawasan ini. Kemudian perlahan-lahan gerakan heli anda ke kawasan 2 dan biasakan hover dikawasan ini. Ulangi latihan ini dengan gerakkan heli anda antara kawasan 1 dan kawasan 2 secara berterusan hingga anda benar-benar biasa dengannya dan pastikan ekor(tail) sentiasa lurus seperti rajah dibawah.

ANDA

Setelah anda sudah boleh hover dengan baik dalam kawasan 1 dan 2 sebagaimana anda cekap hover pada spot ‘A’, cuba pula hover dalam kawasan 3 dan 4. Ulangi kaedah sama seperti diatas tadi. Pastikan semasa hover di kawasan 3 dan 4 jangan alihkan kedudukan badan anda. Hanya perlu menolehkan kepala anda sahaja bukannya badan.

Setelah anda mahir dengan latihan diatas, cuba pula hover heli anda pada spot ‘A’ kemudian berikan rudder input supaya ekor(tail) bergerak kekiri hingga pada kedudukan 45°. Tetapkan kedudukan heli anda dalam kawasan ‘A’. Kemudia ubah hingga kedudukan ekor(tail) pada 45° sebelah kanan pula. Ulangi latihan sehingga anda boleh hover 45° kiri dan kanan tanpa sebarang masalah.

Kemudian latih pula 90° side hovering kiri dan kanan dengan sesekali turunkan heli dan naikannya semula dalam keadaan 90°. Berlatihlah sehingga anda benar-benar ‘master’ dalam hovering.

Kini anda sudah bersedia untuk latihan seterusnya, Hover angka 8 (Figure 8 hover).

Enjoy!

No comments: