Adalah diharap agar semua mendapat manfaat daripada blog ini. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan saya mohon maaf dan sila hubungi saya untuk perbetulkan mana2 yg tak sesuai.

Latihan 7 - Nose-In Hover

Inilah salah satu matlamat yang cukup besar dalam RC Helicopter. Mengapakan ianya sungguh sukar dan susah? Aku boleh hover dengan ya amat canggih, forward flight yang begitu indah dilihat dan macam-macam aku boleh buat. Tapi bila noise in, gemuruh habis satu badan!

Hmm.. dalam hover nose in, 3 daripada 4 control adalah terbalik. Sebagai contoh, anda mahu helicopter bergerak ke kanan? Berikan input aileron control stick ke kiri (left cyclic). Anda mahu helicopter bergerak kearah anda? Berikan input elevator control stick ke hadapan (forward cyclic). Anda mahukan kepala(nose) bergerak ke kanan anda? Berikan input rudder control stick ke kiri (left rudder).

Bunyinya macam senang, tapi ianya jauh lebih sukar bila bertentangan mata.

Sekiranya anda begitu gemuruh ada beberapa kaedah utk mengurangkannya dan seterusnya menambahkan keyakinan semasa belajar nose in ini.

1. Berlatih nose in semasa slow pirouette.

Hover heli anda lebih kurang 10 kaki tinggi (atau mana2 ketinggian yang cukup utk anda perbetulkan kesilapan). Lakukan 360º piroute dengan kelajuan yang selesa bagi anda. Kemudian perlahankan kelajuan tersebut dan latih sehingga anda selesa & mampu mengawal heli anda melakukan slow pirouette. Kemudian latih untuk berhentikan heli anda pada keadaan nose in untuk seketika dalam 2 saat, kemudian terus lengkapkan pusingan 360º. Ulangi latihan ini, tambah beberapa saat lagi utk setiap kali berhenti dalam keadaan nose in sehingga anda mampu utk bertahan dan mengawal heli anda semasa nose in ini tanpa masalah.

2. Berlatih nose in semasa Figure 8

Seperti biasa terbangkan heli anda. Setiap kali heli bergerak pada posisi nose in, perlahankan dan cuba hover dalam 2 saat, kemudian sambung balik fig 8 tadi. Ulanginya setiap kali heli nose in menghadap anda dan setiap percubaan cuba bertahan lebih lama sehingga anda mampu hover hose in.

Setelah anda berkeyakinan dan mampu hover nose in, latihlah pula land & take off heli anda nose in.

1 comment:

uzir ahmad hassan said...

da blh da.mula susah jg.berkat sabar akhir nya bole.terma kasih bnyk yns.